UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB
Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Friday, 10 February 2012

Teguran Tegas Kepada Barisan Kepimpinan PR..

PakMB terpanggil untuk menyampaikan teguran ikhlas tetapi tegas kepada barisan kepimpinan PR.. supaya memperbetulkan fokus persediaan mereka.. menghadapi PRU13 nanti... yang semakin hampir.

Adalah tidak keterlaluan jika PakMB mengatakan bahawa.. status populariti PR.. yang diukur dari sambutan hebat umum di hampir setiap program ceramah PR dan/atau kejayaan pembongkaran penyelewengan, salahlaku serta amalan korup kepimpinan Umno/BN.. belum mencukupi untuk menahan pihak Regim dari melakukan apa saja.. bagi menidakkan kemenangan PR pada PRU13 nanti.

PakMB tegas mennyarankan supaya PR mengambil pendekatan atau langkah-langkah sepertimana berikut (disusun mengikut kepentingannya) :-
  • Mendapatkan konsensus dari kalangan Kepimpinan Tertinggi PR mengenai langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan.. jika terdapatnya sebarang bentuk/unsur-unsur 'penipuan' pada Daftar Pemilih SPR.. yang akan hanya dapat dikesan (secara tepat lagi terperinci).. pada naskah yang diedarkan di Hari Penamaan Calon.
  • Mendesak SPR.. yang sehingga kini.. masih belum nampak.. memberikan sebarang respon positif kepada tuntutan BERSIH 2.0 yang dikemukakan kepada agensi tersebut.. semasa Perhimpunan 709 yang lalu. Jika perlu.. Perhimpunan BERSIH 3.0 perlu dilakukan.. sebelum Dewan Parlimen dibubarkan.
  • Berusaha untuk (secara paling tegas) mendesak SPR membenarkan pembabitan pemerhati-pemerhati antarabangsa atau sekurang-kurangnya.. di peringkat ASEAN.. semasa berlangsungnya proses PRU13. Perbanyakkan aktiviti ke arah desakan ini dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran majoriti pengundi (khususnya di kalangan pengundi-pengundi atas pagar & pengundi muda).. tentang kepentingan ini.
  • Di fasa terakhir menjelang Pembubaran Parlimen.. PR perlu fokus untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi atas pagar (PAP) & dari kalangan pengundi-pengundi baru (anak-anak muda). Bagi tujuan ini.. PR perlu dilihat punyai kesepakatan yang jitu.. sekaligus meyakinkan PAP akan keupayaan PR umtuk mengambil-alih tampok pemerintahan Kerajaan Pusat daripada Regim terajuan Umno. Situasi yang seolah-olah mempaparkan.. adanya.. unsur-unsur 'perlumbaan untuk mendominasi PR' dan/atau perebutan kerusi bertanding.. di kalangan PKR,PAS & DAP.. perlu dielakkan. Perbalahan dalaman secara terbuka) atas isu-isu remeh.. juga.. tidak akan membantu.
  • PR perlu bergerak secara bersepadu pada Hari Pengundian. Warga-PR perlu fokus kepada 'A good Polling Day Management' & bergerak secara bersepadu di kawasan Parlimen/Dun masing-masing tanpa mengambil-kira samaada calon-calon yang bertanding.. adalah dari parti masing-masing.. ataupun tidak.

PRU13 : Kemenangan lebih berpihak kepada Regim ??

Baru-baru ini PakMB berkesempatan untuk bersembang politik dengan beberapa rakan berstatus 'intelek'.. sambil pekena teh tarik di sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah PakMB. Kombinasi di antara 'yang pro & anti Regim'.. membuat 'forum' kami pada malam tersebut amat menyeronokkan.

Pada 'forum' tersebut.. PakMB tidak banyak bercakap. Mungkin kerana 'anggota panel' yang ada (kecuali PakMB) rata-ratanya punyai latar-belakang akademik yang hebat-hebat belaka. Dua daripada mereka adalah tenaga pengajar (Prof & Pensyarah) di IPTA berdekatan.. manakala seorang lagi adalah kontraktor yang berjaya (& kaya).

Status politik semasa.. menjadi topik utama kami pada malam tersebut.. atau lebih tepat.. mengenai perkara-perkara berkaitan PRU13 yang akan datang.

Seperkara yang seronok apabila berbual dengan 'yang bijak-pandai & berjaya' ini ialah.. mereka lebih berkeyakinan terhadap apajua isu-isu yang diutara/bangkitkan. Jika ada yang tak seronoknya pun ialah.. apabila mereka lebih minat merujuk kepada kejayaan & kemampuan masing-masing.. setiap kali mereka ingin memperkuatkan hujahan masing-masing.

Mungkin disebabkan PakMB memilih untuk 'lebih mendengar daripada bercakap'.. maka.. perbincangan lebih memihak kepada kemenangan Regim terajuan Umno (pada PRU13 nanti).  Pelbagai fakta, justifikasi  dan bahan kajian ilmiah (termasuklah juga sedikit 'auta' & spekulasi).. dirujuk.. ketika mereka mengenengahkan hujahan masing-masing. 

PakMB tidak berhasrat untuk memperincikan intipati perbincangan tersebut.. tetapi.. cukuplah sekadar merumuskan bahawa.. 
  • Regim terajuan Umno akan melakukan apa saja.. untuk terus berkuasa.. walaupun dengan menidakkan kemenangan PR.
  • Pembabitan sebegitu ramai.. dalam amalan korup (semenjak tahun 70an) telah menjadi begitu kompleks sehinggakan majoriti ahli-ahli korporat & warga-agensi pengurusan, pentadbiran dan/atau penguatkuasaan (khususnya di kalangan kakitangan atasan & pertengahan) akan sanggup berpadu usaha, tenaga & kewangan.. bagi memberikan kemenangan kepada Regim.
  • PR perlu dilihat (oleh umum)..punyai 'kesepakatan' yang jitu serta mampu berkompromi dalam pelbagai isu penting khususnya dalam persoalan berkaitan status 'dominan' di kalangan PKR, PAS & DAP.
  • PR perlu lebih memfokuskan kepada 'Polling Day Management' dalam usaha menyekat daripada berlakunya sebarang percubaan 'penipuan dan/atau manipulasi undian' oleh pihak SPR.. yang sudah pastinya.. inginkan kemenangan berpihak kepada Regim.
  • PR perlu berusaha bagi mendapatkan pembabitan pemerhati-pemerhati antarabangsa... semasa proses PRU13 dijalankan. 

Monday, 6 February 2012

PRU13 - Koleksi pelbagai andaian & tanggapan.. mengenainya

Terdapat pelbagai andaian & tanggapan.. berkaitan PRU13.. diperolehi samaada melalui individu, rencana (blog, Facebook, Tweeter & sebagainya..) & sumber-sumber tertentu.. yang ingin PakMB kongsikan bersama-sama kalian.  Di antaranya :-
  • Andaian & tanggapan yang unik/drastik/ganas :-
    • PRU13 akan merupakan PRU paling kotor dalam sejarah politik negara.
    • PRU13 akan diadakan pada bulan Mac 2012.. bukan kerana Regim terajuan Umno.. amat berkeyakinan akan status populariti serta peluang kemenangannya.. tetapi.. lebih kerana.. mereka amat yakin dengan segala perancangan 'kotor & penipuan/manipulasi undian' yang telah disusun-rapi.
    • Ku Li & Taib Mahmud akan membuat kejutan (tertakluk kepada status keputusan PRU13) sekaligus akan merubah senario politik negara.
  • Andaian & tanggapan dari kalangan pro-PR :-
    • PR akan mengambil-alih tampok pemerintahan Kerajaan Pusat.
    • Kerajaan PR di negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor & Kedah akan dapat dikekalkan.
    • PR akan dapat menawan Perak & Negeri Sembilan.
    • PR akan perolehi tambahan kerusi-kerusi (Parlimen/Dun) di negeri-negeri yang dikuasai Umno/BN (Perlis, Melaka, Pahang, Johor & Sabah).
  • Andaian & tanggapan dari kalangan  pro-Regim :-
    • Regim terajuan Umno akan dapat mengekalkan pemerintahan Kerajaan Pusat.
    • Regim terajuan Umno akan dapat merampas semula Selangor & Kedah.

Saturday, 4 February 2012

PRU13 pada bulan Mac ?? Benarkah PR dah bersedia ??



Info (dari pelbagai sumber) yang diperolehi PakMB setakat hari ini.. nampaknya lebih menjurus kepada jangkaan bahawa PRU13 akan diadakan pada bulan Mac 2012.


Andaikata jangkaan ini tepat maka (bagi PakMB) ianya bukanlah kerana Regim terajuan Umno telah berpuas hati serta berkeyakinan penuh.. akan status semasa.. popularitinya dan/atau peluang kemenangan yang akan dicapai tetapi.. lebih kepada kerana mereka amat yakin.. akan persiapan 'segala bentuk penipuan & manipulasi undian' membabitkan hampir keseluruhan agensi (yang berkaitan) di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat... sekaligus menjadikan PRU13 sebagai 'PRU paling cemar/kotor' dalam sejarah politik negara ini.


Pada waktu yang sama juga.. PakMB amat kurang senang dengan ketidak-jituan persepakatan dan pendekatan 'untuk ke arah kemenangan'..dalam PR sendiri. Terdapat pelbagai isu (yang walaupun remeh) telah (secara tidak langsung atau tanpa disedari oleh PR) membuka ruang untuk disensasi & dipropagandakan oleh Regim terajuan Umno... khususnya kepada kelompok pengundi-pengundi luar-bandar (PLB) & pengundi-pengundi atas pagar (PAP).


Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan di sini bahawa.. PakMB tidak langsung teruja dengan kehadiran puluhan ribu pengunjung.. hampir di setiap program/ceramah kebelakangan ini.  Adalah satu kesilapan besar.. jika senario sebegini dijadikan sebagai penanda aras kepada 'peluang kemenangan' PR di PRU13 nanti.  Dari pengamatan kasar.. PakMB mendapati bahawa majoriti daripada pengunjung yang membanjiri program/ceramah PR adalah dari kalangan warga & penyokong-penyokong PR sendiri.. walhal sasaran yang seharusnya ditumpukan ialah mereka-mereka dari kelompok PLB & PAP.


Seperkara yang sering terlepas dari pandangan kepimpinan politik ialah.. tentang perbezaan di antara.. 'apa yang rakyat perlukan & apa yang rakyat mahukan' (needs & wants). Rakyat perlukan perubahan.. tetapi kepada siapa yang mereka mahu berikan mandat untuk melakukan perubahan tersebut ?'. Samalah juga sepertimana pemandu-pemandu perlukan petrol/disel untuk kenderaan masing-masing tetapi.. stesyen atau jenama mana yang mereka mahukan bagi mendapatkan keperluan tersebut ?. Lantas.. adalah wajar jika pendekatan berkempen.. mengambil-kira aspek ini. Fenomena Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 (2008) yang lalu adalah bukti jelas bahawa kemenangan besar PR bukanlah semata-mata kerana populariti kepimpinan dan/atau calon-calon PR tetapi lebih kepada kerana majoriti rakyat (di ketika itu) mahu mengundi calon-calon yang selain daripada calon-calon Umno/BN.


Adalah penting bagi barisan kepimpinan PR 'mempamirkan' kepada rakyat akan tahap kesepakatan yang jitu di antara PKR, PAS & DAP.. serta kemampuan PR untuk mengambil-alih tampok pemerintahan Kerajaan Pusat daripada Regim terajuan Umno yang zalim & korup. Perlu diingatkan bahawa.. majoriti PLB berfikiran mudah dan ramai juga di kalangan mereka berpendirian bahawa.. untuk mendapatkan perubahan.. tidak semestinya melalui pengambilan-alih Kerajaan Pusat daripada Regim sediaada. Justru.. mempamirkan kepada mereka.. ketidak-jituan dalam kesepakatan dan/atau perbalahan terbuka atas isu-isu remeh.. pastinya tidak akan membantu kemenangan PR pada PRU13 nanti.  Ada baiknya.. jika (mulai sekarang) apajua program atau kenyataan dasar.. lebih dilakukan secara bersama iaitu di peringkat PR.


Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang jauh lebih penting (daripada di atas) bagi PR perolehi kemenangan pada PRU13 nanti.  Apa yang dibentangkan oleh PakMB ini.. adalah faktor-faktor 'kecil' tetapi mampu menjadi penghalang kepada kemenangan PR.. jika ianya.. diabaikan.