UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Friday 25 May 2012

Dah Tiba Masanya Untuk Berhenti Merokok..

PakMB terpanggil untuk membuat satu pengakuan. Bukannya dengan niat untuk membanggakan diri... tetapi lebih kerana untuk mendokumenkannya & dengan harapan agar menjadi tauladan yang baik kepada kalian.

PakMB mula merokok seawal tahun 1970... iaitu ketika belajar di Tingkatan IV. Pada mulanya adalah secara berseronok-seronok aje... tetapi akhirnya menjadi satu kelaziman. PakMB tidak berhasrat untuk memperincikan kisah di sepanjang tempoh merokok tersebut.

Semenjak 3 minggu yang lepas... PakMB kerap mengalami kepedihan dada & sesak nafas (semput). Secara perlahan tetapi pasti... PakMB telah kurang merokok & bertekad untuk menghentikan tabii ini dalam masa yang terdekat. PakMB akan menjalani pemeriksaan rutin kesihatan di Hospital Pakar Serdang pada 28hb Mei ini & berhasrat untuk membuat pemeriksaan menyeluruh tehadap paru-paru PakMB yang pastinya... dah reput. PakMB akan juga mendaftar diri ke sesi kaunseling (di hospital yang sama) khusus bagi mereka-mereka yang mahu berhenti merokok. Semoga Allah memberi kekuatan kepada PakMB... untuk melakukannya.

Yang pasti... PakMB tidak akan merungut atau menyesal kerana merokok... jauh sekali untuk berasa bangga... mengenainya.

No comments:

Post a Comment