UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Saturday 23 June 2012

Koleksi Hobi & Minat PakMB Yang Unik

Di sepanjang hidup ini, PakMB punyai pelbagai hobi & minat yang agak unik bagi mengisi masa-masa lapang yang ada.... di antaranya :-

  • semasa di era kanak-kanak (lewat tahun-tahun 50an hingga awal 60an) PakMB gemar mengumpul tin & botol-botol kosong yang kemudiannya diisikan air dengan sukatan yang berbeza-beza sekaligus mengeluarkan pelbagai nada yang berlainan apabila diketuk. PakMB mampu memainkan pelbagai lagu-lagu yang popular (ketika itu) dengan menggunakan 'alat musik' ciptaan sendiri ini... walaupun tidak punyai sebarang pengetahuan asas dalam musik. Mungkin kerana tidak dipupuk maka PakMB telah kehilangan bakat atau kebolehan yang unik itu.
  • di ketika berada di sekolah rendah, PakMB amat-amat berminat dengan kerengga. Bukan untuk simpanan tetapi untuk dilagakan dengan kerengga yang lain.
  • semasa di era remaja (tahun2 70an) PakMB suka mengumpul bendera-bendera negara luar untuk dijadikan pelapek, sarung bantal, langsir dsbgnya. PakMB juga minat pada kain-kain rentang (banner) yang berwarna-warni. PakMB pernah (dengan bantuan rakan-rakan) beraksi seperti sebahagian daripada krew produksi untuk menurunkan & membawa balik kain 'backdrop' sejurus selepas habisnya konsert 'The Tremeloes' (kumpulan pop dari barat) kat Stadium Negara (awal 70an) yang kemudian menjadi cadar & selimut PakMB untuk beberapa tahun berikutnya.
  • PakMB amat minat kepada 'The Rolling Stones' ketika era di mana ramai yang sebaya dengan PakMB meminati 'The Beatles' & PakMB meminati seluar jeans jenama 'Lee' di ketika mereka minat dengan seluar potongan ala-penyanyi 'Pop Yeh Yeh' (dengan kedudukan tali pinggang di bawah pusat) dan 'bell-bottom'.
  • di tahun-tahun 80an, PakMB minat dengan permainan Ragbi di kala ramai yang sebaya PakMB lebih meminati bolasepak.
  • di akhir tahun-tahun 90an, PakMB memilih untuk menyokong perjuangan Dsai & para-Reformis lain di kala hampir semua rakan-rakan yang dikenali  ketika itu lebih memujakan PakMadey.

Wednesday 20 June 2012

PakMB & Usaha Tabligh..

PakMB mula mengenali usaha Tabligh seawal tahun 80an... ketika bertugas & menetap di Pasir Gudang Johor. Kecekalan seorang pendakwah Tabligh (Ustaz Hj Hanafi yg juga merupakan seorang Jurutera di MSE ketika itu) menegur sekumpulan anak2 muda yg masih bermain sepak takraw ketika azan maghrib berkumandang... telah memikat hati PakMB untuk mengenali lebih dekat... akan Jemaah Tabligh ini.

Allahyarham Hamzah Marzuki adalah sahabat yang paling rapat dengan PakMB ketika mula bersama Jemaah Tabligh. Allahyarham akan sentiasa singgah ke rumah PakMB untuk bersama-sama mengerjakan solat subuh berjemaah di surau berdekatan. Allahyarham mempunyai kekuatan untuk beristiqamah yang jitu sehinggalah ke akhir hayatnya.

Banyak pengalaman pahit manis yang PakMB tempuhi semasa bersama Jemaah Tabligh. PakMB pernah ditahan & dibawa bersama-sama sahabat yang lain ke IPD Johor Baru kerana buat 'ghaz' di sebuah surau berhampiran Felda Cahaya Baru. Kami diiringi ke IPD tersebut oleh beberapa anggota polis yang bersenjata ringan. 


Terdapat banyak perbezaan dalam kaedah atau pendekatan berdakwah oleh para-karkun di masa dulu ... jika dibandingkan dengan masa sekarang... di antaranya :- 
  • tidak ada istilah 'daftari' ketika keluar.
  • bertawakal sepenuhnya kepada Allah khususnya dalam mendoakan keselamatan ahli keluarga semasa kami keluar kerana di ketika itu... tidak ada kemudahan perhubungan (seperti telefon bimbit) untuk berhubungan dengan famili.
  • amalan ziarah adalah satu kemestian kerana itulah satu-satunya kaedah untuk sentiasa berhubungan dengan sahabat-sahabat.
  • adalah menjadi kebiasaan bagi kami mendapat tentangan & adakalanya celaan daripada warga-kampong yang kami pergi. PakMB dan para-jemaah kerap terpaksa tidur di beranda surau kerana tidak mendapat kebenaran untuk tidur di dalamnya.
  • semasa 'keluar' 3 atau 40 hari (misalannya) di era 80an dulu... kami akan bawa bersama peralatan & bahan-bahan memasak. PakMB pernah memikul periuk untuk melintasi tambak Johor semasa keluar 3 hari (berjalan kaki) ke Singapura.


PakMB punyai iman yang amat lemah & tidak ada tempat yang lebih sesuai untuk merawatkannya kecuali berada dalam suasana mesjid. Lantas.. PakMB berazam (memasang niat) untuk beriktikaf sekerap mungkin di Markas Tabligh Sri Petaling pada Bulan Ramadan ini. Semoga PakMB akan terpilih untuk bersama-sama yang lain 'keluar ke jalan Allah'.

PakMB teringatkan 'bayan' seorang karkun yang mengatakan bahawa... usaha Tabligh ini adalah umpama buah durian. Ianya berduri di luar. Perlu ada usaha untuk mengupaskannya dengan penuh kesabaran. Setelah dikupas... isinya kelihatan tidak menarik malah berbau. Kalian akan hanya perolehi kenikmatan... apabila.. mula memakannya.