UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Saturday 4 February 2012

Pertemuan Mahasiswa..


Pertemuan Mahasiswa – W.S Rendra


Matahari terbit pagi ini
mencium bau kencing orok di kaki langit
melihat kali coklat menjalar ke lautan
dan mendengar dengung di dalam hutan
lalu kini ia dua penggalah tingginya
dan ia menjadi saksi kita berkumpul disini
memeriksa keadaan
kita bertanya :
kenapa maksud baik tidak selalu berguna
kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga
orang berkata : “kami ada maksud baik”
dan kita bertanya : “maksud baik untuk siapa ?”
ya !
ada yang jaya, ada yang terhina
ada yang bersenjata, ada yang terluka
ada yang duduk, ada yang diduduki
ada yang berlimpah, ada yang terkuras
dan kita disini bertanya :
“maksud baik saudara untuk siapa ?
saudara berdiri di pihak yang mana ?”
kenapa maksud baik dilakukan
tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya
tanah – tanah di gunung telah dimiliki orang – orang kota
perkebunan yang luas
hanya menguntungkan segolongan kecil saja
alat – alat kemajuan yang diimpor
tidak cocok untuk petani yang sempit tanahnya
tentu, kita bertanya :
“lantas maksud baik saudara untuk siapa ?”
sekarang matahari semakin tinggi
lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala
dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya :
kita ini dididik untuk memihak yang mana ?
ilmu – ilmu diajarkan disini
akan menjadi alat pembebasan
ataukah alat penindasan ?
sebentar lagi matahari akan tenggelam
malam akan tiba
cicak – cicak berbunyi di tembok
dan rembulan berlayar
tetapi pertanyaan kita tidak akan mereda
akan hidup di dalam mimpi
akan tumbuh di kebon belakang
dan esok hari
matahari akan terbit kembali
sementara hari baru menjelma
pertanyaan – pertanyaan kita menjadi hutan
atau masuk ke sungai
menjadi ombak di samodra
di bawah matahari ini kita bertanya :
ada yang menangis, ada yang mendera
ada yang habis, ada yang mengikis
dan maksud baik kita
berdiri di pihak yang mana !

Sajak-sajak terbaik WS Rendra

Kanak-kanak 7 tahun ditampar polis (koleksi)..



PakMB ditemani ayah (arwah) ketika mula melangkah ke Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Jerantut, Pahang (1960).. Apabila kelas bermula.. PakMB akan kerap memandang ke luar kelas bagi memastikan ayah masih menunggu.. 


Hampir sejam kemudian PakMB dapati ayah telah begerak keluar dari kawasan sekolah.. Secara sepontan PakMB melaung & berlari keluar (dari kelas) menuju ke arahnya.. Ketika itu PakMB membayangkan yg ayah akan memeluk & memujuk agar PakMB masuk semula ke kelas.. Bayangan PakMB meleset apabila menerima satu tamparan keras dari ayah sehingga Pak MB tersungkur ke tanah.. PakMB terkejut berok dgn apa yg berlaku & terus bangun menuju ke kelas dgn perasaan malu krn diperhatikan oleh rakan2 & ibu-bapa mrk.


Selepas kejadian itu, PakMB tidak pernah meminta bantuan sesiapa ketika memasuki sekolah menengah hinggalah ke kolej.. Semua dilakukan sendiri..


Oh yaa.. Ayah PakMB adalah seorang anggota polis (ketika itu) berpangkat Lance Coperal.. :))

PRU13 pada bulan Mac ?? Benarkah PR dah bersedia ??



Info (dari pelbagai sumber) yang diperolehi PakMB setakat hari ini.. nampaknya lebih menjurus kepada jangkaan bahawa PRU13 akan diadakan pada bulan Mac 2012.


Andaikata jangkaan ini tepat maka (bagi PakMB) ianya bukanlah kerana Regim terajuan Umno telah berpuas hati serta berkeyakinan penuh.. akan status semasa.. popularitinya dan/atau peluang kemenangan yang akan dicapai tetapi.. lebih kepada kerana mereka amat yakin.. akan persiapan 'segala bentuk penipuan & manipulasi undian' membabitkan hampir keseluruhan agensi (yang berkaitan) di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat... sekaligus menjadikan PRU13 sebagai 'PRU paling cemar/kotor' dalam sejarah politik negara ini.


Pada waktu yang sama juga.. PakMB amat kurang senang dengan ketidak-jituan persepakatan dan pendekatan 'untuk ke arah kemenangan'..dalam PR sendiri. Terdapat pelbagai isu (yang walaupun remeh) telah (secara tidak langsung atau tanpa disedari oleh PR) membuka ruang untuk disensasi & dipropagandakan oleh Regim terajuan Umno... khususnya kepada kelompok pengundi-pengundi luar-bandar (PLB) & pengundi-pengundi atas pagar (PAP).


Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan di sini bahawa.. PakMB tidak langsung teruja dengan kehadiran puluhan ribu pengunjung.. hampir di setiap program/ceramah kebelakangan ini.  Adalah satu kesilapan besar.. jika senario sebegini dijadikan sebagai penanda aras kepada 'peluang kemenangan' PR di PRU13 nanti.  Dari pengamatan kasar.. PakMB mendapati bahawa majoriti daripada pengunjung yang membanjiri program/ceramah PR adalah dari kalangan warga & penyokong-penyokong PR sendiri.. walhal sasaran yang seharusnya ditumpukan ialah mereka-mereka dari kelompok PLB & PAP.


Seperkara yang sering terlepas dari pandangan kepimpinan politik ialah.. tentang perbezaan di antara.. 'apa yang rakyat perlukan & apa yang rakyat mahukan' (needs & wants). Rakyat perlukan perubahan.. tetapi kepada siapa yang mereka mahu berikan mandat untuk melakukan perubahan tersebut ?'. Samalah juga sepertimana pemandu-pemandu perlukan petrol/disel untuk kenderaan masing-masing tetapi.. stesyen atau jenama mana yang mereka mahukan bagi mendapatkan keperluan tersebut ?. Lantas.. adalah wajar jika pendekatan berkempen.. mengambil-kira aspek ini. Fenomena Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 (2008) yang lalu adalah bukti jelas bahawa kemenangan besar PR bukanlah semata-mata kerana populariti kepimpinan dan/atau calon-calon PR tetapi lebih kepada kerana majoriti rakyat (di ketika itu) mahu mengundi calon-calon yang selain daripada calon-calon Umno/BN.


Adalah penting bagi barisan kepimpinan PR 'mempamirkan' kepada rakyat akan tahap kesepakatan yang jitu di antara PKR, PAS & DAP.. serta kemampuan PR untuk mengambil-alih tampok pemerintahan Kerajaan Pusat daripada Regim terajuan Umno yang zalim & korup. Perlu diingatkan bahawa.. majoriti PLB berfikiran mudah dan ramai juga di kalangan mereka berpendirian bahawa.. untuk mendapatkan perubahan.. tidak semestinya melalui pengambilan-alih Kerajaan Pusat daripada Regim sediaada. Justru.. mempamirkan kepada mereka.. ketidak-jituan dalam kesepakatan dan/atau perbalahan terbuka atas isu-isu remeh.. pastinya tidak akan membantu kemenangan PR pada PRU13 nanti.  Ada baiknya.. jika (mulai sekarang) apajua program atau kenyataan dasar.. lebih dilakukan secara bersama iaitu di peringkat PR.


Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang jauh lebih penting (daripada di atas) bagi PR perolehi kemenangan pada PRU13 nanti.  Apa yang dibentangkan oleh PakMB ini.. adalah faktor-faktor 'kecil' tetapi mampu menjadi penghalang kepada kemenangan PR.. jika ianya.. diabaikan. 





Friday 3 February 2012

Regim terajuan Umno ingin terus berperanan (koleksi)


Regim terajuan Umno ingin terus berperanan..
Dengan apa cara yg mampu difikirkan....
Olah pergeseran & isu perkauman..
Balaci2 & pecacai2nya bantu menyemarakkan..
Perbalahan perkauman mula meruncing di jalanan..
Peristiwa persis 13 Mei tak dapat dielakkan...
Penangkapan ala-Ops Lalang..dilaksanakan...
Rakyat membantah & berdemo di jalanan...
Menghalalkan lebih banyak tangkapan..
Bantahan jadi pentempuran & ada yg korban...
Kepala regim seronok dgn keadaan..
Berlaku sepertimana yg dirancangkan...
Dharurat diistiharkan...
Parlimen dibubarkan...
MAGERAN diujudkan..
Regim terajuan Umno terus berperanan..

Sebahagian drp kita pula.. akan dok diam2 dalam tahanan...

pakmalekbaretta
13 dis 2010

Reformasi '98 (Koleksi)

Reformasi 98.. 
punya rohnya tersendiri.. 
bergerak tanpa perlu diselarasi.. 
berpadu tanpa perlu disusuni.. 
berlari.. menangis.. 
atas perjuangan yg diyakini.. 
Reformasi... 
tidak pernah kami ganjak maupun selangkah.. 
tidak bisa kami lari dari apajua yg menghala.. 
belantan, air beracun adalah tepisan biasa... 
lawan tetap lawan.. 
lawan sampai menang.. 
rakan2 yg rebah tidak mudah ditinggalkan... 
tidak kurang yg bangun lagi.. 
dgn darah mengalir utk terus berjuang... 
suara reformis menggegar bandaraya... 
bunyi tapak mrk digeruni penguasa.. 
Reformasi.. 
mana mungkin diulangi lagi.. 
tanpa reformis2 yg jati & berani... 
bersuara segempita halilintar.. 
Reformasi.. 
Reformasi.. 
Reformasi.. 

pakmalekbaretta.. 
september 4, 2010

Galeri Foto - Kepenatan

Nak hilangkan penat sat.. (share)

Thursday 2 February 2012

Pembubaran KITA - Di mana silapnya ?

Semasa melawat negara China (atas urusan kerja) pada tahun 1989 (dua minggu selepas Tragedi berdarah di Dataran Tiananmen), PakMB telah berkesempatan menemui 'a very wise old gentleman' di bandar Pun Yu dalam daerah Guandong. Melalui seorang jurubahasa, PakMB telah perolehi pelbagai nasihat yang masih segar di ingatan, sehingga ke hari ini.

Di antara kata-kata hikmahnya ialah.. "Seseorang penunggang kuda yang baik, akan berupaya menunggang apajua jenis kuda yang diberikan kepadanya, samaada kuda-kuda dari baka Benua Eropah, Asia, Australia, Amerika.. atau kuda gila/liar sekalipun".

PakMB bukannya nak bercerita tentang kuda tetapi ingin mengaitkannya pengalaman di atas dengan pengumuman pembubaran KITA oleh Pengasas & Presidennya (DZI) awal hari ini. Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pembubaran ini telah dijangka awal oleh PakMB iaitu sejurus selepas meninggalkan KITA pada bulan Jun tahun lepas (2011).

PakMB tidak berminat untuk menyentuh hal peribadi DZI tetapi.. lebih cenderung untuk membangkitkan tentang kesilapan-kesilapan remeh beliau (atas kapasitinya sebagai Presiden Parti) ketika menerajui KITA.. walaupun PakMB mengiktiraf kualiti kepimpinan yang diperolehinya.

Kesilapan awal beliau ialah.. tentang keterujaannya untuk berterusan menyerang keperibadian DSAI (khususnya dalam isu Sodomi II).. sekaligus menimbulkan keraguan & kekeliruan (di kalangan umum) akan arah-tuju sebenar.. perjuangan politiknya. Di ketika itu.. beliau lebih dianggap & dilihat punyai suara yang senada (terhadap DSAI) dengan barisan kepimpinan Regim terajuan Umno... sekaligus membuatkan ramai mula menjarakkan diri masing-masing daripada KITA.

DZI juga dilihat gagal berkerjasama dengan staf & warga-parti (di pelbagai peringkat) khususnya mereka-mereka yang tidak senada dengan caranya 'berfikir'. Acapkali terdapat pertelagahan pendapat sehinggalah terpancar dengan ketara.. sikap 'enggan berkompromi' atas apajua keputusan yang telah dirancang atau ditetapkan olehnya.

DZI punyai visi yang cukup hebat.  Namun beliau lebih cenderung untuk merealisasikannya.. mengikut caranya sendiri & gagal untuk membimbing warga-Parti (khususnya anggota-anggota kanan Parti) memahami, menerima serta seterusnya bersama-sama beliau.. menjayakannya. Kegemarannya untuk kerap mengubah pendirian dasar perjuangan.. tanpa terlebih dahulu mendapatkan konsensus dari barisan tertinggi Parti.. telah juga membuatkan KITA lebih 'sarkas' daripada Umno.

Keputusan untuk membubarkan KITA pastinya merupakan keputusan ekslusifnya sendiri iaitu tanpa terlebih dahulu mendapatkan pandangan dari anggota-anggota tertinggi Parti (jika pun masih ada) dan/atau Ketua-Ketua di peringkat negeri.  Bagi PakMB.. adalah kurang bijak bagi beliau mengaitkan pembubaran KITA dengan ketidak-tentuan pendirian (di antara kepimpinan Pusat & Negeri) mengenai status pro/anti KITA terhadap Regim... tetapi ianya lebih disebabkan kegagalan beliau untuk bekerja dalam satu pasokan.

PakMB juga kurang bersetuju dengan kenyataan beliau (jika benar seperti yang dilaporkan oleh media) bahawa pengwujudan KITA adalah satu kesilapan. Walaupun sudah tidak bersama KITA namun PakMB masih menganggapnya sebagai sebuah Parti yang punyai struktur organisasi yg mudah tetapi teguh serta dengan perlembagaan yang sederhana tetapi kukuh & mampu untuk berkerjasama dgn Pakatan Rakyat khususnya dalam usaha menumbangkan Regim terajuan Umno pada PRU13 nanti. Pastinya juga dengan syarat.. ianya diterajui oleh seseorang yang lebih layak, berkalibar, berkeupayaan bekerja secara berpasokan.. serta fokus dengan matlamat & hala-tuju perjuangan Parti.

Terdapat pelbagai lagi yang hendak PakMB perkatakan tentang KITA namun merasakan bahawa luahan di atas sudah mencukupi untuk setakat ini. Jika ada yang baik.. pastinya dari Allah jua & jika ada buruk.. sudah tentu ianya dari kelemahan PakMB sendiri.

Galeri Foto - Wajah2 Rakyat

Wajah2 Rakyat (Tarikh Dirakam : 05.12.2010)

Galeri Foto - Faces of Future

Faces of Future

Faces of Future

Galeri Foto - Bandaraya Kuala Lumpur

Wajah Bandaraya KL (Tarikh Dirakam : 12.12.2010)

Pasar Seni (Tarikh Dirakam :12.12.2010)

Galeri Foto - 901

Aksi Provokasi Budak2 Upahan Perkasa/Pekida kat 901..

Galeri Foto - 901

901.. Don't play2..

Galeri Foto - Konvensyen PR Ke III

Konvensyen PR Ke III di Alor Setar, Kedah

Galeri Foto

Please allow me to check the setting first.. ok ?
Santai time..

Respon PakMB terhadap pembubaran KITA..

Still under construction.. (Bersabar dulu laa beb..).  

Namun utk permulaan.. memadai bagi PakMB membuat tanggapan bhw.. pengumuman pembubaran KITA ini berkemungkinan merupakan pendekatan terkini DZI utk.. melayani egonya.

(bersambung selepas Zohor nanti.. insyaAllah)

PakMB pernah berlatih di gereja..


Tahun 1969.. Ketika itu PakMb dalam Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Sekyen 12, Petaling Jaya.. PakMb amat berminat dgn permainan Bola Keranjang (basketball) namun tidak pernah berpeluang utk bermain krn ketika itu tidak ada seorang pun murid Melayu yg minat bermain Basketball..krn lazimnya permainan ini didominasi oleh murid2 Cina..

Atas dasar minat & sikap 'tak mengenal kalah'.. maka PakMb berusaha & berjaya menubuhkan sebuah pasokan Basketball (bukan Melayu) yang pertama ditubuhkan (mungkin) dalam Selangor.. PakMb berjaya menarik 5 rakan2 (Mohd Marzani, Sofi, Rafi, Salim & Salwan) utk join pasokan basketball PakMb yg diberi nama 'The Jumping Beans'..

Oleh kerana kami tidak punyai tempat untuk latihan maka PakMb telah meminta seorang padri di sebuah Gereja yg terletak bersebelahan Sekolah Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya (tak ingat pula namanya) supaya membenarkan kami menggunakan gelanggang Basketball mereka sebagai 'home-ground' pasokan kami.. & permintaan kami tersebut diluluskan. Di situlah pasokan kami berlatih bersendirian tanpa 'coach'..

Setiap hujung minggu.. kami akan berbasikal ke mana2 aje lokasi yg punyai gelanggang basketball & akan mencabar apajua kumpulan yg kami temui.. Di antara lokasi2 yg kami tujui & bermain ialah Sg Way Tin & Petaling Tin.. Malah kami pernah bermain dgn pasokan dari sekolah2 aliran Cina di persekitaran Petaling Jaya.. 

Kami amat berterima kasih kpd Padri yg mengurus Gereja tersebut krn tanpa kebenarannya.. maka 'The Jumping Beans' tak mungkin dapat tempat atau gelanggang utk berlatih.

Tok Imam Yang Berani ??


Teringatkan satu peristiwa yg berlaku di Jerantut, Pahang..semasa PakMb berumur 7 tahun (1960).. Ketika itu Jerantut adalah sebuah pekan kecil yg dikelilingi hutan rimba & jumlah harimau & binantang2 buas/liar masih banyak.. PakMb ada mengikuti arwah ayah mengiringi jenazah utk dikebumikan di tanah perkuburan Islam yg terletak di pinggir pekan Jerantut..
  
Semasa Tok Imam membaca talkin.. tiba2 terdengar ngauman harimau dari arah hutan.. Semua yg hadir bergegas ke tepi jalanraya kecuali Tok Imam yg masih meneruskan bacaan talkinnya.  PakMb amat kagum & menyangkakan bhw Tok Imam adalah seorang yang berani.. tetapi rupa2nya.. beliau punyai masalah pendengaran yg serius (dah pekak).. sehinggakan tidak mendengar ngauman harimau tersebut..


Huawakawakah..

Bolehkah PakMB melakukannya ??

Ura-ura Facebook akan ditutup.. membuatkan PakMB membuka blog ini.  Persoalan yg timbul ialah.. samaada.. PakMB mampu melakukannya. Agak teruja untuk memulakannya.. walaupun terasa semacam terlalu banyak 'peraturan' yg perlu dipatuhi.  Mungkin komen drp kalian.. dapat membantu.