UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Saturday 11 February 2012

Wasiat Kepada Semua..

PakMB nak tinggalkan wasiat berikut kepada semua rakyat negara ini.. andaikata PakMB menemui ajal.. dalam masa yang terdekat ini ..
  • Berikan keutamaan kepada tuntutan Agama & janganlah tinggalkan solat (bagi yang beragama Islam) serta amalan-amalan wajib yang lain. Lakukanlah perkara-perkara yang makruf & elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Perbanyakkan amalan bersedekah.
  • Hiduplah dengan aman & sentiasa berbaik-sangka dengan semua.. tanpa mengira perbezaan kepercayaan, keturunan & warna kulit.
  • Puliharalah keindahan & kestabilan alam-sekitar dengan memperbanyakkan menanam pokok serta tumbuh-tumbuhan hijau, menjaga kebersihan sungai, menghentikan pengondolan hutan secara berleluasa serta tanpa pengawalan & pastikan projek Loji Lynas kat Kuantan atau seumpamanya.. dihentikan & tidak beri ruang/lokasi (untuk dibina) pada masa-masa akan datang.
  • Amalkanlah kehidupan yang sihat.
  • Berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya. Jangan memandu tanpa lesen yang sah atau tanpa mengambilkira ciri-ciri keselamatan.
  • Hormatilah ibu-bapa & warga-tua serta dekatilah pada anak-anak muda.
  • Sokongilah perjuangan rakyat Palestin.
  • Bertekadlah untuk menumbangkan Regim terajuan Umno yang zalim & korup. Undilah calon-calon PR dan/atau calon-calon yang ABU (Asalkan Bukan Umno) pada PRU13 nanti. Lakukanlah demi menjamin kesejahteraan & keselesaan anak-cucu kita.. di masa hadapan.
  • Ingatlah PakMB.. dalam doamu.
(Nota : Wasiat ini akan PakMB kemaskinikan.. dari masa ke semasa.. semasa hayat masih ada)..

Friday 10 February 2012

Teguran Tegas Kepada Barisan Kepimpinan PR..

PakMB terpanggil untuk menyampaikan teguran ikhlas tetapi tegas kepada barisan kepimpinan PR.. supaya memperbetulkan fokus persediaan mereka.. menghadapi PRU13 nanti... yang semakin hampir.

Adalah tidak keterlaluan jika PakMB mengatakan bahawa.. status populariti PR.. yang diukur dari sambutan hebat umum di hampir setiap program ceramah PR dan/atau kejayaan pembongkaran penyelewengan, salahlaku serta amalan korup kepimpinan Umno/BN.. belum mencukupi untuk menahan pihak Regim dari melakukan apa saja.. bagi menidakkan kemenangan PR pada PRU13 nanti.

PakMB tegas mennyarankan supaya PR mengambil pendekatan atau langkah-langkah sepertimana berikut (disusun mengikut kepentingannya) :-
  • Mendapatkan konsensus dari kalangan Kepimpinan Tertinggi PR mengenai langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan.. jika terdapatnya sebarang bentuk/unsur-unsur 'penipuan' pada Daftar Pemilih SPR.. yang akan hanya dapat dikesan (secara tepat lagi terperinci).. pada naskah yang diedarkan di Hari Penamaan Calon.
  • Mendesak SPR.. yang sehingga kini.. masih belum nampak.. memberikan sebarang respon positif kepada tuntutan BERSIH 2.0 yang dikemukakan kepada agensi tersebut.. semasa Perhimpunan 709 yang lalu. Jika perlu.. Perhimpunan BERSIH 3.0 perlu dilakukan.. sebelum Dewan Parlimen dibubarkan.
  • Berusaha untuk (secara paling tegas) mendesak SPR membenarkan pembabitan pemerhati-pemerhati antarabangsa atau sekurang-kurangnya.. di peringkat ASEAN.. semasa berlangsungnya proses PRU13. Perbanyakkan aktiviti ke arah desakan ini dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran majoriti pengundi (khususnya di kalangan pengundi-pengundi atas pagar & pengundi muda).. tentang kepentingan ini.
  • Di fasa terakhir menjelang Pembubaran Parlimen.. PR perlu fokus untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi atas pagar (PAP) & dari kalangan pengundi-pengundi baru (anak-anak muda). Bagi tujuan ini.. PR perlu dilihat punyai kesepakatan yang jitu.. sekaligus meyakinkan PAP akan keupayaan PR umtuk mengambil-alih tampok pemerintahan Kerajaan Pusat daripada Regim terajuan Umno. Situasi yang seolah-olah mempaparkan.. adanya.. unsur-unsur 'perlumbaan untuk mendominasi PR' dan/atau perebutan kerusi bertanding.. di kalangan PKR,PAS & DAP.. perlu dielakkan. Perbalahan dalaman secara terbuka) atas isu-isu remeh.. juga.. tidak akan membantu.
  • PR perlu bergerak secara bersepadu pada Hari Pengundian. Warga-PR perlu fokus kepada 'A good Polling Day Management' & bergerak secara bersepadu di kawasan Parlimen/Dun masing-masing tanpa mengambil-kira samaada calon-calon yang bertanding.. adalah dari parti masing-masing.. ataupun tidak.

Pengalaman Persekolahan Di Era 60an.. (Bahagian 1)

Tidak ada yang lebih menyeronokkan daripada berada di era 60an. PakMB ingin berkongsi dengan kalian.. fakta & peristiwa-peristiwa menarik & unik mengenai pengalaman persekolahan PakMB di era 60an tersebut.. di antaranya :-

Koleksi Foto (Hiasan) Suasana Persekolahan Di Era 6o0an
  • PakMB mula belajar di Darjah 1 pada tahun 1960 iaitu di Sekolah Kebangsaan Jerantut, Pahang. Murid-murid perlu menanggalkan kasut masing-masing apabila memasuki kelas. Ketika itu kami menggunakan 'papan batu & kalam' untuk menulis & mengeja.

  • Kalam
    Papan Batu

  • Selepas belajar di Sekolah Rendah.. kami punyai pilihan untuk samaada melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah beraliran Melayu atau Inggeris. PakMB memilih untuk ke aliran Inggeris.. lantas kena masuk ke 'Kelas Peralihan (Remove Class)' selama setahun sebelum ke Tingkatan I Menengah.
  • Guru-guru di era persekolahan PakMB (samaada di Sekolah Rendah maupun Menengah) garang-garang belaka. Cubit, tampar, ditarik anak rambut, dibaling dengan kapur tulis/pemadam papan tulis, berjemur di bawah panas terik, berlari sekeliling padang, dirotan semasa perhimpunan.. adalah di antara 'penderaaan' yang diterima umum.. pada ketika itu. Kami tidak berani untuk mengadu kepada ibu-bapa tentang sebarang 'penderaaan atau hukuman' yang diterima di sekolah kerana lazimnya.. yang mengadu.. akan dapat 'deraan tambahan' daripada ibu-bapa masing-masing. Huawakahwakah.
  • Kami tidak punyai banyak pilihan tentang kelengkapan persekolahan. Kami akan menerima apa sahaja yang termampu dibekalkan oleh ibu-bapa. Sepasang baju/seluar akan dipakai sehingga benar-benar lusuh, koyak atau dah sempit. PakMB pakai 'beg raga' yang sama dari Darjah 1 hinggalah ke Darjah VI.
  • PakMB mula melangkah ke Sekolah Menengah pada tahun 1966 (Remove Class) hingga ke Tahun 1971 (Tingkatan V) di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad (SASPJ) di Seksyen 12, Petaling Jaya, Selangor. Di awal kemasukan PakMB.. sekolah ini masih menggunakan nama lamanya iaitu National Type Secondary School (NTSSPJ).
  • SSAS terkenal sebagai sarang murid-murid nakal. Bukan jahat.. tetapi.. nakal. Di hari pertama melangkah ke sekolah ini.. PakMB telah dapat merasakan 'kepayahan' yang akan dihadapi apabila melihat contengan besar di dinding bangunan gymnasium yang berbunyi.. 'Come come all.. Come & see the Headmaster's ba#@s.. One big & one small.. If you touch it, you will fall'. Contengan adalah hasil karya murid-murid akhir Tingkatan V pada tahun itu.. yang tidak puas hati dengan Guru Besar sekolah tersebut.
  • Sepanjang persekolahan menengah.. PakMB dikenali oleh rakan-rakan sebagai 'Malek Unta' disebabkan ketinggian PakMB yang agak luar biasa... malah kerana ketinggian itulah maka PakMB pernah dirotan di hadapan perhimpunan mingguan kerana Guru Besar 'noticed' PakMB ketawa gurau dengan seorang rakan semasa beliau sedang berucap. Rakan PakMB itu tidak dipanggil ke depan untuk dirotan kerana beliau jauh lebih rendah daripada PakMB & tidak kelihatan oleh Guru Besar. Guru Besar hanya nampak PakMB sahaja.. walhal terdapat ratusan murid-murid di perhimpunan tersebut.
  • Di Tingkatan III, PakMB menduduki & dapat pangkat A di peperiksaan LCE (Lower Certificate of Education).. seterusnya membolehkan PakMB melangkah ke Tingkatan Menengah Tinggi (Tingkatan IV & V). Pada ketika itu (1969).. murid-murid yang mendapat pangkat C dalam LCE.. akan dihantar ke sekolah vokasional.
  • PakMB teruja untuk ke Tingkatan IV kerana akan bercampur belajar dengan murid-murid perempuan dari Sekolah Menengah Rendah (Perempuan) lain.

(sambungan.. Bahagian II)

PRU13 : Kemenangan lebih berpihak kepada Regim ??

Baru-baru ini PakMB berkesempatan untuk bersembang politik dengan beberapa rakan berstatus 'intelek'.. sambil pekena teh tarik di sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah PakMB. Kombinasi di antara 'yang pro & anti Regim'.. membuat 'forum' kami pada malam tersebut amat menyeronokkan.

Pada 'forum' tersebut.. PakMB tidak banyak bercakap. Mungkin kerana 'anggota panel' yang ada (kecuali PakMB) rata-ratanya punyai latar-belakang akademik yang hebat-hebat belaka. Dua daripada mereka adalah tenaga pengajar (Prof & Pensyarah) di IPTA berdekatan.. manakala seorang lagi adalah kontraktor yang berjaya (& kaya).

Status politik semasa.. menjadi topik utama kami pada malam tersebut.. atau lebih tepat.. mengenai perkara-perkara berkaitan PRU13 yang akan datang.

Seperkara yang seronok apabila berbual dengan 'yang bijak-pandai & berjaya' ini ialah.. mereka lebih berkeyakinan terhadap apajua isu-isu yang diutara/bangkitkan. Jika ada yang tak seronoknya pun ialah.. apabila mereka lebih minat merujuk kepada kejayaan & kemampuan masing-masing.. setiap kali mereka ingin memperkuatkan hujahan masing-masing.

Mungkin disebabkan PakMB memilih untuk 'lebih mendengar daripada bercakap'.. maka.. perbincangan lebih memihak kepada kemenangan Regim terajuan Umno (pada PRU13 nanti).  Pelbagai fakta, justifikasi  dan bahan kajian ilmiah (termasuklah juga sedikit 'auta' & spekulasi).. dirujuk.. ketika mereka mengenengahkan hujahan masing-masing. 

PakMB tidak berhasrat untuk memperincikan intipati perbincangan tersebut.. tetapi.. cukuplah sekadar merumuskan bahawa.. 
  • Regim terajuan Umno akan melakukan apa saja.. untuk terus berkuasa.. walaupun dengan menidakkan kemenangan PR.
  • Pembabitan sebegitu ramai.. dalam amalan korup (semenjak tahun 70an) telah menjadi begitu kompleks sehinggakan majoriti ahli-ahli korporat & warga-agensi pengurusan, pentadbiran dan/atau penguatkuasaan (khususnya di kalangan kakitangan atasan & pertengahan) akan sanggup berpadu usaha, tenaga & kewangan.. bagi memberikan kemenangan kepada Regim.
  • PR perlu dilihat (oleh umum)..punyai 'kesepakatan' yang jitu serta mampu berkompromi dalam pelbagai isu penting khususnya dalam persoalan berkaitan status 'dominan' di kalangan PKR, PAS & DAP.
  • PR perlu lebih memfokuskan kepada 'Polling Day Management' dalam usaha menyekat daripada berlakunya sebarang percubaan 'penipuan dan/atau manipulasi undian' oleh pihak SPR.. yang sudah pastinya.. inginkan kemenangan berpihak kepada Regim.
  • PR perlu berusaha bagi mendapatkan pembabitan pemerhati-pemerhati antarabangsa... semasa proses PRU13 dijalankan. 

Wednesday 8 February 2012

Posting di Facebook..


Pak Malek Baretta says.. Kita di PR.. sibuk berceramah ke sana-sini & berterusan mengadakan PC bagi membongkar pelbagai bentuk penyelewengan & amalan korup barisan kepimpinan Regim terajuan Umno.. manakala.. SPR & pelbagai agensi2 pentadbiran/penguatkuasaan berkaitan.. yg di bawah naungan Kerajaan Pusat.. sedang memperkemaskan perancangan licik & kotor mereka.. untuk membantu kemenangan PakJib (& Regim terajuan Umnonya) pada PRU13 nanti. PakMB benar2 berharap bhw.. kita sedang mengguna-pakai pendekatan yg tepat.. utk menuju ke arah.. kemenangan (pada PRU13 nanti).. insyaAllah.

Pak Malek Baretta says.. SPR sedang 'mencabar kesabaran rakyat'.. dgn pelbagai pengenalan peraturan baru.. menjelang PRU13.. yg tidak ada kaitan langsung dgn apa yg dituntut oleh BERSIH.


Pak Malek Baretta says.. Fokus bantahan dan/atau tekanan.. perlu ditumpukan.. kpd usaha 'mendorong serta memastikan'.. pihak SPR utk tidak cuba melakukan.. sebarang bentuk 'penipuan dan/atau manipulasi' semasa PRU13 nanti.


Pak Malek Baretta says.. Tidak ada maknanya.. utk menganjurkan bantahan di jalanan.. (yg sehebat mana sekalipun..) terhadap 'penipuan & manipulasi undian'.. andaikata dilakukan.. hanya selepas SPR mengistiharkan kemenangan kpd Regim terajuan Umno. Tindakan sebegitu.. akan hanya 'menghalalkan' lebih banyak penangkapan & kekasaran terhadap rakyat. Sebarang bentuk bantahan & keraguan terhadap ketelusan serta pengendalian SPR pada PRU13 nanti (jika ada).. perlu dilaku dan/atau disuarakan sebelum.. pengundian bermula.

Pak Malek Baretta says.. Selangor berpotensi dirampas semula oleh Umno/BN.. jika PR Selangor berterusan.. leka & selesa dgn 'kekuatan' yg diperolehi.. ketika ini.

Monday 6 February 2012

PRU13 - Koleksi pelbagai andaian & tanggapan.. mengenainya

Terdapat pelbagai andaian & tanggapan.. berkaitan PRU13.. diperolehi samaada melalui individu, rencana (blog, Facebook, Tweeter & sebagainya..) & sumber-sumber tertentu.. yang ingin PakMB kongsikan bersama-sama kalian.  Di antaranya :-
  • Andaian & tanggapan yang unik/drastik/ganas :-
    • PRU13 akan merupakan PRU paling kotor dalam sejarah politik negara.
    • PRU13 akan diadakan pada bulan Mac 2012.. bukan kerana Regim terajuan Umno.. amat berkeyakinan akan status populariti serta peluang kemenangannya.. tetapi.. lebih kerana.. mereka amat yakin dengan segala perancangan 'kotor & penipuan/manipulasi undian' yang telah disusun-rapi.
    • Ku Li & Taib Mahmud akan membuat kejutan (tertakluk kepada status keputusan PRU13) sekaligus akan merubah senario politik negara.
  • Andaian & tanggapan dari kalangan pro-PR :-
    • PR akan mengambil-alih tampok pemerintahan Kerajaan Pusat.
    • Kerajaan PR di negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor & Kedah akan dapat dikekalkan.
    • PR akan dapat menawan Perak & Negeri Sembilan.
    • PR akan perolehi tambahan kerusi-kerusi (Parlimen/Dun) di negeri-negeri yang dikuasai Umno/BN (Perlis, Melaka, Pahang, Johor & Sabah).
  • Andaian & tanggapan dari kalangan  pro-Regim :-
    • Regim terajuan Umno akan dapat mengekalkan pemerintahan Kerajaan Pusat.
    • Regim terajuan Umno akan dapat merampas semula Selangor & Kedah.

Sunday 5 February 2012

Pemain Politik Yang Bijak & Matang..

Secara peribadi.. PakMB merasakan bahawa.. di antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada seseorang pemain politik yang matang & bijak ialah (disenaraikan.. bukan mengikut keutamaan) :-
  • Beliau akan mengutamakan kepentingan Parti.. daripada kepentingannya sendiri.
  • Beliau tidak akan menempatkan diri & perjuangannya terlalu jauh di hadapan atau terlalu jauh ketinggalan.. dari kelompok utama Parti.
  • Beliau berupaya untuk mengenali.. musuh di kalangan rakan-rakannya & sahabat di kalangan musuh-musuh.. politiknya.
  • Beliau tidak mudah melenting atau respon (secara terburu-buru) terhadap sebarang serangan atau komen negatif.. yang dilemparkan kepadanya.
  • Beliau akan mengelak dari dibayangi dan/atau dinaungi oleh mana-mana ahli kepimpinan utama Parti.
  • Beliau akan hanya berceramah atas isu-isu yang 'mahu didengari' oleh pengunjung.
  • Beliau tidak akan membawa bersama 'egonya' (jika ada) semasa berceramah atau ketika berada di lapangan.
  • Beliau tidak akan bertindak secara bersendirian.. tetapi secara.. suara/pilihan majoriti.
  • Beliau tidak berkompromi dalam isu-isu rasis.
  • Beliau akan menganggap 'orang2 bawahannya' sebagai rakan.