UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Friday 10 February 2012

Pengalaman Persekolahan Di Era 60an.. (Bahagian 1)

Tidak ada yang lebih menyeronokkan daripada berada di era 60an. PakMB ingin berkongsi dengan kalian.. fakta & peristiwa-peristiwa menarik & unik mengenai pengalaman persekolahan PakMB di era 60an tersebut.. di antaranya :-

Koleksi Foto (Hiasan) Suasana Persekolahan Di Era 6o0an
  • PakMB mula belajar di Darjah 1 pada tahun 1960 iaitu di Sekolah Kebangsaan Jerantut, Pahang. Murid-murid perlu menanggalkan kasut masing-masing apabila memasuki kelas. Ketika itu kami menggunakan 'papan batu & kalam' untuk menulis & mengeja.

  • Kalam
    Papan Batu

  • Selepas belajar di Sekolah Rendah.. kami punyai pilihan untuk samaada melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah beraliran Melayu atau Inggeris. PakMB memilih untuk ke aliran Inggeris.. lantas kena masuk ke 'Kelas Peralihan (Remove Class)' selama setahun sebelum ke Tingkatan I Menengah.
  • Guru-guru di era persekolahan PakMB (samaada di Sekolah Rendah maupun Menengah) garang-garang belaka. Cubit, tampar, ditarik anak rambut, dibaling dengan kapur tulis/pemadam papan tulis, berjemur di bawah panas terik, berlari sekeliling padang, dirotan semasa perhimpunan.. adalah di antara 'penderaaan' yang diterima umum.. pada ketika itu. Kami tidak berani untuk mengadu kepada ibu-bapa tentang sebarang 'penderaaan atau hukuman' yang diterima di sekolah kerana lazimnya.. yang mengadu.. akan dapat 'deraan tambahan' daripada ibu-bapa masing-masing. Huawakahwakah.
  • Kami tidak punyai banyak pilihan tentang kelengkapan persekolahan. Kami akan menerima apa sahaja yang termampu dibekalkan oleh ibu-bapa. Sepasang baju/seluar akan dipakai sehingga benar-benar lusuh, koyak atau dah sempit. PakMB pakai 'beg raga' yang sama dari Darjah 1 hinggalah ke Darjah VI.
  • PakMB mula melangkah ke Sekolah Menengah pada tahun 1966 (Remove Class) hingga ke Tahun 1971 (Tingkatan V) di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad (SASPJ) di Seksyen 12, Petaling Jaya, Selangor. Di awal kemasukan PakMB.. sekolah ini masih menggunakan nama lamanya iaitu National Type Secondary School (NTSSPJ).
  • SSAS terkenal sebagai sarang murid-murid nakal. Bukan jahat.. tetapi.. nakal. Di hari pertama melangkah ke sekolah ini.. PakMB telah dapat merasakan 'kepayahan' yang akan dihadapi apabila melihat contengan besar di dinding bangunan gymnasium yang berbunyi.. 'Come come all.. Come & see the Headmaster's ba#@s.. One big & one small.. If you touch it, you will fall'. Contengan adalah hasil karya murid-murid akhir Tingkatan V pada tahun itu.. yang tidak puas hati dengan Guru Besar sekolah tersebut.
  • Sepanjang persekolahan menengah.. PakMB dikenali oleh rakan-rakan sebagai 'Malek Unta' disebabkan ketinggian PakMB yang agak luar biasa... malah kerana ketinggian itulah maka PakMB pernah dirotan di hadapan perhimpunan mingguan kerana Guru Besar 'noticed' PakMB ketawa gurau dengan seorang rakan semasa beliau sedang berucap. Rakan PakMB itu tidak dipanggil ke depan untuk dirotan kerana beliau jauh lebih rendah daripada PakMB & tidak kelihatan oleh Guru Besar. Guru Besar hanya nampak PakMB sahaja.. walhal terdapat ratusan murid-murid di perhimpunan tersebut.
  • Di Tingkatan III, PakMB menduduki & dapat pangkat A di peperiksaan LCE (Lower Certificate of Education).. seterusnya membolehkan PakMB melangkah ke Tingkatan Menengah Tinggi (Tingkatan IV & V). Pada ketika itu (1969).. murid-murid yang mendapat pangkat C dalam LCE.. akan dihantar ke sekolah vokasional.
  • PakMB teruja untuk ke Tingkatan IV kerana akan bercampur belajar dengan murid-murid perempuan dari Sekolah Menengah Rendah (Perempuan) lain.

(sambungan.. Bahagian II)

No comments:

Post a Comment