Secara peribadi.. PakMB merasakan bahawa.. di antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada seseorang pemain politik yang matang & bijak ialah (disenaraikan.. bukan mengikut keutamaan) :-
- Beliau akan mengutamakan kepentingan Parti.. daripada kepentingannya sendiri.
- Beliau tidak akan menempatkan diri & perjuangannya terlalu jauh di hadapan atau terlalu jauh ketinggalan.. dari kelompok utama Parti.
- Beliau berupaya untuk mengenali.. musuh di kalangan rakan-rakannya & sahabat di kalangan musuh-musuh.. politiknya.
- Beliau tidak mudah melenting atau respon (secara terburu-buru) terhadap sebarang serangan atau komen negatif.. yang dilemparkan kepadanya.
- Beliau akan mengelak dari dibayangi dan/atau dinaungi oleh mana-mana ahli kepimpinan utama Parti.
- Beliau akan hanya berceramah atas isu-isu yang 'mahu didengari' oleh pengunjung.
- Beliau tidak akan membawa bersama 'egonya' (jika ada) semasa berceramah atau ketika berada di lapangan.
- Beliau tidak akan bertindak secara bersendirian.. tetapi secara.. suara/pilihan majoriti.
- Beliau tidak berkompromi dalam isu-isu rasis.
- Beliau akan menganggap 'orang2 bawahannya' sebagai rakan.
No comments:
Post a Comment