UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Friday 10 February 2012

PRU13 : Kemenangan lebih berpihak kepada Regim ??

Baru-baru ini PakMB berkesempatan untuk bersembang politik dengan beberapa rakan berstatus 'intelek'.. sambil pekena teh tarik di sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah PakMB. Kombinasi di antara 'yang pro & anti Regim'.. membuat 'forum' kami pada malam tersebut amat menyeronokkan.

Pada 'forum' tersebut.. PakMB tidak banyak bercakap. Mungkin kerana 'anggota panel' yang ada (kecuali PakMB) rata-ratanya punyai latar-belakang akademik yang hebat-hebat belaka. Dua daripada mereka adalah tenaga pengajar (Prof & Pensyarah) di IPTA berdekatan.. manakala seorang lagi adalah kontraktor yang berjaya (& kaya).

Status politik semasa.. menjadi topik utama kami pada malam tersebut.. atau lebih tepat.. mengenai perkara-perkara berkaitan PRU13 yang akan datang.

Seperkara yang seronok apabila berbual dengan 'yang bijak-pandai & berjaya' ini ialah.. mereka lebih berkeyakinan terhadap apajua isu-isu yang diutara/bangkitkan. Jika ada yang tak seronoknya pun ialah.. apabila mereka lebih minat merujuk kepada kejayaan & kemampuan masing-masing.. setiap kali mereka ingin memperkuatkan hujahan masing-masing.

Mungkin disebabkan PakMB memilih untuk 'lebih mendengar daripada bercakap'.. maka.. perbincangan lebih memihak kepada kemenangan Regim terajuan Umno (pada PRU13 nanti).  Pelbagai fakta, justifikasi  dan bahan kajian ilmiah (termasuklah juga sedikit 'auta' & spekulasi).. dirujuk.. ketika mereka mengenengahkan hujahan masing-masing. 

PakMB tidak berhasrat untuk memperincikan intipati perbincangan tersebut.. tetapi.. cukuplah sekadar merumuskan bahawa.. 
  • Regim terajuan Umno akan melakukan apa saja.. untuk terus berkuasa.. walaupun dengan menidakkan kemenangan PR.
  • Pembabitan sebegitu ramai.. dalam amalan korup (semenjak tahun 70an) telah menjadi begitu kompleks sehinggakan majoriti ahli-ahli korporat & warga-agensi pengurusan, pentadbiran dan/atau penguatkuasaan (khususnya di kalangan kakitangan atasan & pertengahan) akan sanggup berpadu usaha, tenaga & kewangan.. bagi memberikan kemenangan kepada Regim.
  • PR perlu dilihat (oleh umum)..punyai 'kesepakatan' yang jitu serta mampu berkompromi dalam pelbagai isu penting khususnya dalam persoalan berkaitan status 'dominan' di kalangan PKR, PAS & DAP.
  • PR perlu lebih memfokuskan kepada 'Polling Day Management' dalam usaha menyekat daripada berlakunya sebarang percubaan 'penipuan dan/atau manipulasi undian' oleh pihak SPR.. yang sudah pastinya.. inginkan kemenangan berpihak kepada Regim.
  • PR perlu berusaha bagi mendapatkan pembabitan pemerhati-pemerhati antarabangsa... semasa proses PRU13 dijalankan. 

No comments:

Post a Comment