UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Saturday 26 May 2012

Ragbi.. adalah permainan warga-budiman..

Semasa di era remaja, PakMB amat minat bersukan & telah menceburi dalam pelbagai permainan di antaranya ialah bolasepak, sepak takraw, hoki, bola keranjang, bola lisut (softball) & bola tampar. Namun begitu, sukan yang paling PakMB sukai ialah Ragbi (Union Rugby).

PakMB mula aktif dalam ragbi ketika bekerja di Limbungan Kapal & Kejuteraan Malaysia (MSE) kat Pasir Gudang (lewat 70an hingga pertengahan 80an). Selain daripada mewakili Pasokan Ragbi MSE, PakMB juga pernah mewakili Pasokan Ragbi Johor selama dua musim di awal 80an.

PakMB adalah pemain 'forward' (berjersi nombor 8) & dengan ketinggian hampir 6 kaki maka PakMB sangat efektif ketika 'line-up'. PakMB juga pernah mengalami beberapa kecederaan lazim (bagi seorang pemain ragbi) seperti patah tulang rusuk atau shoulder-bones, terkehel, luka yg memerlukan jahitan dan sebagainya. Semuanya itu tidak menjadi penghalang bagi PakMB bermain semula selepas sembuh.

Bagi PakMB, tidak ada sukan yang lebih baik & menyeronokkan daripada ragbi, permainan yang kerap dilabelkan oleh pengulas-pengulas sukan dunia sebagai 'an animal's game... played by gentlemen'.

Friday 25 May 2012

Dah Tiba Masanya Untuk Berhenti Merokok..

PakMB terpanggil untuk membuat satu pengakuan. Bukannya dengan niat untuk membanggakan diri... tetapi lebih kerana untuk mendokumenkannya & dengan harapan agar menjadi tauladan yang baik kepada kalian.

PakMB mula merokok seawal tahun 1970... iaitu ketika belajar di Tingkatan IV. Pada mulanya adalah secara berseronok-seronok aje... tetapi akhirnya menjadi satu kelaziman. PakMB tidak berhasrat untuk memperincikan kisah di sepanjang tempoh merokok tersebut.

Semenjak 3 minggu yang lepas... PakMB kerap mengalami kepedihan dada & sesak nafas (semput). Secara perlahan tetapi pasti... PakMB telah kurang merokok & bertekad untuk menghentikan tabii ini dalam masa yang terdekat. PakMB akan menjalani pemeriksaan rutin kesihatan di Hospital Pakar Serdang pada 28hb Mei ini & berhasrat untuk membuat pemeriksaan menyeluruh tehadap paru-paru PakMB yang pastinya... dah reput. PakMB akan juga mendaftar diri ke sesi kaunseling (di hospital yang sama) khusus bagi mereka-mereka yang mahu berhenti merokok. Semoga Allah memberi kekuatan kepada PakMB... untuk melakukannya.

Yang pasti... PakMB tidak akan merungut atau menyesal kerana merokok... jauh sekali untuk berasa bangga... mengenainya.

Thursday 24 May 2012

Bangun... setelah lama berhibernasi..

PakMB berhasrat nak aktifkan semula blog ini... setelah beberapa bulan ianya 'berhibernasi'.  Semoga Allah memberi PakMB kekuatan... untuk terus berkarya... insyaAllah.