UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Thursday 25 October 2012

Nostalgia Era Pra-Sekolah.

Sebentar tadi PakMB cuba mengimbas kembali (semampu & sejauh mungkin) pengalaman atau insiden-insiden semasa menempuh alam pra-sekolah (sebelum 1960).

Di antara peristiwa yang masih segar di ingatan ialah perarakan keluar askar-askar Gurkha dari pengkalan utama mereka di Kem Sg Lalang, Sg Petani, Kedah pada tahun 1958 (jika tidak silap). Ketika itu PakMB baru berusia 5 tahun aje & tinggal bersama ibu-bapa di Berek Polis Sg Petani... yang ketika itu terletak berhadapan jam besar di tengah-tengah Bandar Sg Petani.

Pada hari tersebut... kesemua askar-askar Gurkha diangkut dengan trak-trak tentera sehingga ke lokasi di mana terletaknya Hospital Sg Petani sekarang ini. Dari situ mereka berkawad & memasuki Bandar Sg Petani untuk ke Stesyen Keretapi yang terletak di belakang deretan kedai-kedai di tengah-tengah Bandar Sg Petani tersebut. Semasa berkawad... mereka gah menyanyikan lagu-lagu patriotik & bergerak dengan penuh disiplin tanpa menoleh atau mengukir sebarang senyuman kepada orang-ramai yang berdiri di sepanjang laluan mereka.

Seperkara yang paling diingati oleh PakMB apabila mengimbas kembali peristiwa itu ialah... jeritan daripada ibu yang lebihkurang begini bunyinya... "Lim !!! (singkatan Malim - nama glamor PakMB semasa kecil).. dah tuuu... masuk-masuk... nanti gurkha potong ko** kau baru tau... masuk-masuk". Huawakawakah.

Tuesday 16 October 2012

Dapat anak setiap kali selepas bertengkar..

PakMB kenali sepasang suami-isteri yang unik. Mereka akan dapat anak setiap kali selepas berlakunya pertengkaran besar sesama mereka. Kali terakhir PakMB bertemu dengan pasangan ini ialah hampir 10 tahun yang lalu. Ketika itu mereka baru aje mendapat anak yang ke 7 (selepas mereka bertengkar besar buat kali ke 7 juga laa beb).

Dipendekkan cerita... baru-baru ini PakMB berkesempatan bertemu mereka semula di satu majlis persandingan anak kepada salah seorang sahabat kami juga. Ketika itu mereka bersama seorang anak kecil yang lebih kurang dalam lingkungan umur 4 atau 5 tahun.

Belum sempat PakMB bertanyakan apa-apa tentang anak kecil itu, si isteri (secara berseloroh) berkata "Tolong sikit yaa Pak Malek. Jangan dok fikir yang bukan2. Kami dah tak bertengkar lagi. Dah tua dah. Ini adalah cucu pertama kami laa". 

Kami semua terdiam sejenak sebelum ketawa besar bersama-sama.

Monday 15 October 2012

Koleksi posting2 kat wall Fb PakMB bertarikh 2hb OKT 2013


  • Belum pernah dlm sejarah negara... sesuatu slogan Sambutan Ulangtahun Merdeka 2012 berterusan 'dijaja' kat media kawalan Regim pada tempoh yg begitu lama seperti 'Janji Ditepati'. Dah macam tuu pun.. depa masih dok kata slogan tersebut bukannya merupakan... satu bahan kempen politik. Jelas bhw Regim dah panik laa beb.
  • PakMB setuju gak dgn jangkaan Dsai bhw.... kemungkinan besar Parlimen akan dibubarkan dlm tahun ini juga... & bukannya pada awal tahun depan... sepertimana yg dijangkakan oleh semua... setelah berdasarkan kandungan Bajet 2013. Kalian perlu bersiap-sedia beb.
  • PakJib & barisan kepimpinan Regimnya... telah melakukan kesilapan yg amat besar... apabila sengaja tidak menghadiri sesi Parlimen ketika Dsai membahaskan pembentangan Bajet 2013. Kini... majoriti Rakyat lebih menyedari sikap hipokrit & tidak bertanggungjawab mrk sebagai peneraju pentadbiran negara laa beb.
  • Semalam PakHisham gah bercakap seolah-olah RELA tuu... macam unit penggempur yg eksklusif utk Umno/BN aje. WTF.
  • Walaupun tempoh jangka-hayat mrk sudah hampir tamat namun... 'para-penyangak & penyamun'... masih berterusan... dok 'menyangak & menyamun'.... malah jumlah yg 'disangak & disamun' kini... lebih mega laa beb.
  • Apabila cerita tentang kejayaan pembangunan & ekonomi yg telah dicapai (setakat ini)... kepimpinan Regim suka sangat memandingkan negara ini dgn negara2 yg kurang maju seperti Bangladesh, Nepal, Myammar dll... tetapi... tak berani langsung memandingkan dgn pencapaian negara Singapura... yg dulunya... merupakan sebahagian drp Malaysia laa beb.
  • Jelas bhw UMNO itu lebih bermaksud... 'Untuk Melayu Naya Orang'... & 'orang' yg maksudkan itu ialah... mrk2 yg sebangsa & seAgama dgn mrk sendiri laa beb.
  • Kini... media Regim sedang menghebah-hebahkan... sikap agresif Regim utk membenteras isu PATI/PADI yg berniaga kat KL. Bagi PakMB... semuanya itu adalah... sekadar sandiwara khusus bagi musim pra-PRU aje beb.
  • Berikan kat PakMB (jika ada)... satu nama (yup... satu nama aje beb).. drp kepimpinan Umno sediaada... yg hidup tanpa kemewahan yg luar biasa.
  • Majoriti Rakyat pun anggap... menumbangkan Regim pada PRU13 ini merupakan satu matlamat yg 'tidak dapat dielakkan' gak laa beb. http://m.malaysiakini.com/news/210490
  • Mungkinkah... status kadar jenayah negara ini... akan hanya dianggap berada di paras serius... apabila... mana2 individu penting dan/atau anggota keluarganya... ditakdirkan menjadi mangsa beb ?
  • Membantu anak2 mantan PM semasa mrk sedang menghadapi masalah adalah merupakan.... satu 'pelaburan' yg pasti memberi 'pulangan' yg menarik laa beb. Kalian boleh tanya kat Pak Isa Samad ataupun Pak JJ... utk info lanjut. Don't play2 beb.
  • Hebat giler. Rakyat pasti akan terlebih dahulu dibebankan dgn kenaikan tarif elektrik & bahan keperluan (termasuk makanan/minuman) berasaskan gula sebelum... menikmati 'gula2' yg ditaburkan PakJib dalam pembetangan Bajet 2013nya. Menipu & memperbodohkan Rakyat... dah sememangnya menjadi budaya-kerja Regim terajuan Umno dari dulu, kini & selama-lamanya laa beb.
  • PakJib berterusan memecah pelbagai rekod dunia. Di antaranya ialah sebagai.... satu2nya lelaki (?) kat dunia... yg menerajui portfolio Pembangunan Wanita.... dlm kabinetnya laa beb.
  • PakMadey, PakJib & pengamal2 korupsi yg lain2... amat bernasib-baik krn... Kerajaan Pusat PR (selepas PRU13) akan hanya mendakwa & menghukum serta merampas harta-benda mrk (jika disabitkan kesalahan... & bukannya dipancong seperti yg dihadapi oleh para-bangsawan yg korup selepas 'French Revolution' dulu laa beb.
  • Wow !! Dengar kata... pepecahan dalam Wanita & juga Puteri Umno... semakin parah laa beb.
  • Awat PakMB asyik terbayangkan PakMadey, PakJib, PakHisyam & PakRais... apabila teringatkan watak2 Sadiq Sigaraga, Abdul Wahab, Abdul Wahib & 'Tuan Penasihat 20%' (masing2 mengikut turutan) dlm Filem Komedi 'Tiga Abdul' arahan Allahyarham P.Ramlee itu ?
  • Kekuatan Regim Umno/Bn pada PRU13 nanti... terletak kpd keupayaan & kebebasan mrk... menyonglap Wang Rakyat... manakala kekuatan PR pula... terletak kpd rekod pentadbiran-baik Wang Rakyat kat Negeri2 yg kini ditadbir oleh PR laa beb.
  • Semua pemain2 politik dlm apajua parti politik... sedia-memahami bhw... mrk berpotensi akan 'disiang'... jika cuba nak 'bersaing' dgn kepimpinan utama parti masing2 beb.
  • Rakyat Malaysia amat bertuah krn... dapat mengikuti telatah ramai Yb2 yg masih dipanjangkan usia malah... masih memperolehi 'nikmat2' kurniaan Yang Maha Esa... walaupun telah melaku 'khianat' kpd pengundi2 yg memilih mrk pada PRU12(2008) dulu. Di antaranya ialah PakBeghaim. Apakah kalian akan memberi lagi kepercayaan kpd mrk2 ini pada PRU13 nanti beb ?
  • PakJib & Regim terajuan Umno... berkemungkinan akan dapat memikat sokongan para-pengundi khususnya pengundi2 atas pagar (PAP)... jika mrk menyenaraikan dlm manifesto PRU mrk... semua amalan2 negatif (seperti korup, salahguna-kuasa dll) sediaada... yg akan dihentikan andaikata mrk diberi mandat utk terus memerintah. Ada berani ke beb ?
  • PakMB (secara peribadi) meramalkan bhw... Yb2 yg keluar dari Bn & bertanding semula samaada sebagai calonPR ataupun calon sekutu-PR... akan punyai peratusan 'kebarangkalian utk menang' yg lebih tinggi drp Yb2 yg keluar dari PR & bertanding sebagai cakon Bn ataupun calon sekutu-Bn. Don't play2 beb.
  • Martabat & peranan wanita dlm PR... adalah lebih diperkasa & dihargai... berbanding kat Umno. Ini adalah satu kenyataan yg jelas & nyata beb.
  • Liputan serta ulasan2 kat tv kawalan media berkaitan Bajet 2013... langsung tak realistik krn kesemuanya... puji-pujian aje laa beb.
  • Hanya di media alternatif aje... kalian akan perolehi respon2 positif & juga negatif... terhadap pembentangan Bajet 2013. Itu barulah dikira... realistik beb.
  • Awat PakJib tak beri peruntukan khas kat Bajet 2013nya... sekurang-kurangnya bagi tujuan penambah-baikan pelbagai fasiliti... bagi keselesaan penghuni2 penjara di seluruh negara ? Bukankah beliau & majoriti kaum kerabatnya kat Umno/Bn... berpotensi besar... akan menghabiskan sisa2 hidup masing2... kat penjara2 tersebut atas pelbagai kesalahan korup & salahguna-kuasa... apabila PR mengambil-alih Putrajaya beb ??
  • Maaf. Dengar kata... kat sesetengah kedai makan... roti canai + telor... kini... lebih dikenali sebagai 'Roti PakSheikh'... manakala roti canai biasa (tanpa telor) dikenali pula sebagai... 'Roti PakJib'. Nape ehh ??
  • Mana mungkin kalian dpt menentukan samaada PakAnwar & PR... dpt mentadbir Kerajaan Pusat dgn lebih efisen drp PakJib & Umno/BNnya... jika kalian tak beri peluang utk PR memerintah sekurang-kurang bagi tempoh sepenggal beb ??
  • Dari wall Amin Ahmad: TERKINI : Mahkamah memutuskan penahahan 10 aktivis ISA termasuk Tian Chua, Dr Badrul Amin & Hisham Rais pada tahun 2001 tidak sah dan berniat jahat dan Hakim Lau Bee Lan mengarahkan setiap tahanan dibayar RM15,000 setiap hari selama dua tahun.
  • Geng depa dah mula bercakaran sesama sendiri beb. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/02/tempers-flare-at-mic-cwc-meeting/
  • Lazimnya... pemimpin2 dunia yg cenderung menjerit-jerit ketika memberi ucaptamanya... tidak akan kekal lama beb ?
  • INI KALI LAH BEB...
  • Ramai yg di kalangan bukan-Umno... akan pasti buat 'sujud syukur'... sejurus selepas MakMah umumkan bhw beliau akan bertanding (jikalah benar) kat mana2 kawasan Dun maupun Parlimen (pastinya) atas tiket Umno/Bn... pada PRU13 nanti beb.
  • Lazimnya... sesuatu keputusan mahkamah yg memihak Rakyat itu... adalah lebihkurang macam Bajet 2013 gak. Kesudahannya nanti... akan jadi tak semolek sepertimana... awalannya beb.
  • Pada PRU13 nanti... Umno tidak mungkin akan dapat mengulangi kemenangan mudah tanpa bertanding... samaada kat Kota Tinggi atau mana2 kawasan Dun/Parlimen di Negeri Johor beb.
  • Dari wall Zunar Kartunis : TERKINI: Taklimat SPR kpd guru2 yg bertugas sebagai Ketua Bilik Mengundi ialah 4 Oktober ini!
  • Katak2 perlu lebih berhati-hati... ketika melintasi jalanraya krn... 'mati katak' adalah sesuatu... yg amat merugikan beb.
  • Dalam perjuangan... perlu ada pengorbanan... & dalam pengorbanan itu... perlu juga ada... pertimbangan yg bijak beb.
  • Mungkin bagi PakBeghaim... PakJib bukanlah seorang yg pengecut... tetapi sekadar... tak berani aje kot ??
  • Bilakah agaknya... kita (pengguna2 jalanraya) perlu berhimpun secara mega tetapi aman.... utk membantah kat pihak yg bertanggungjawab... menswastakan urusan saman trafik ??
  • Sri Perdana... sepatutnya dilengkapi dgn sistem suria bagi menjana keperluan bekalan elektrik agar... puluhan juta ringgit (kos bil elektrik) dpt diselamatkan... pada setiap tahun beb.
  • Syarikat PETRON (milik anak PakMadey) kini... hanya memerlukan huruf2 'A' & 'S' aje... utk mengambil-alih PETRONAS. Don't play2 beb.
  • Janji Ditepati. PakJib & Regim Umno/Bn... menipu lagi. Rakyat kini... serta-merta menanggung padah dari kenaikan harga gula... sebelum sempat pun lagi... menikmati 'gula2' yg ditaburkan oleh PakJib... dlm Bajet PRU13nya beb.
  • Jika PakBeghaim anggap PakJib itu sebagai 'Transformer' maka PakMB pasti bhw... beliau adalah dari kalangan 'Megatron' yg jahat giler beb... & bukannya dari kalangan 'Optimus Prime'. Huawakahwakah.

Saturday 23 June 2012

Koleksi Hobi & Minat PakMB Yang Unik

Di sepanjang hidup ini, PakMB punyai pelbagai hobi & minat yang agak unik bagi mengisi masa-masa lapang yang ada.... di antaranya :-

  • semasa di era kanak-kanak (lewat tahun-tahun 50an hingga awal 60an) PakMB gemar mengumpul tin & botol-botol kosong yang kemudiannya diisikan air dengan sukatan yang berbeza-beza sekaligus mengeluarkan pelbagai nada yang berlainan apabila diketuk. PakMB mampu memainkan pelbagai lagu-lagu yang popular (ketika itu) dengan menggunakan 'alat musik' ciptaan sendiri ini... walaupun tidak punyai sebarang pengetahuan asas dalam musik. Mungkin kerana tidak dipupuk maka PakMB telah kehilangan bakat atau kebolehan yang unik itu.
  • di ketika berada di sekolah rendah, PakMB amat-amat berminat dengan kerengga. Bukan untuk simpanan tetapi untuk dilagakan dengan kerengga yang lain.
  • semasa di era remaja (tahun2 70an) PakMB suka mengumpul bendera-bendera negara luar untuk dijadikan pelapek, sarung bantal, langsir dsbgnya. PakMB juga minat pada kain-kain rentang (banner) yang berwarna-warni. PakMB pernah (dengan bantuan rakan-rakan) beraksi seperti sebahagian daripada krew produksi untuk menurunkan & membawa balik kain 'backdrop' sejurus selepas habisnya konsert 'The Tremeloes' (kumpulan pop dari barat) kat Stadium Negara (awal 70an) yang kemudian menjadi cadar & selimut PakMB untuk beberapa tahun berikutnya.
  • PakMB amat minat kepada 'The Rolling Stones' ketika era di mana ramai yang sebaya dengan PakMB meminati 'The Beatles' & PakMB meminati seluar jeans jenama 'Lee' di ketika mereka minat dengan seluar potongan ala-penyanyi 'Pop Yeh Yeh' (dengan kedudukan tali pinggang di bawah pusat) dan 'bell-bottom'.
  • di tahun-tahun 80an, PakMB minat dengan permainan Ragbi di kala ramai yang sebaya PakMB lebih meminati bolasepak.
  • di akhir tahun-tahun 90an, PakMB memilih untuk menyokong perjuangan Dsai & para-Reformis lain di kala hampir semua rakan-rakan yang dikenali  ketika itu lebih memujakan PakMadey.

Wednesday 20 June 2012

PakMB & Usaha Tabligh..

PakMB mula mengenali usaha Tabligh seawal tahun 80an... ketika bertugas & menetap di Pasir Gudang Johor. Kecekalan seorang pendakwah Tabligh (Ustaz Hj Hanafi yg juga merupakan seorang Jurutera di MSE ketika itu) menegur sekumpulan anak2 muda yg masih bermain sepak takraw ketika azan maghrib berkumandang... telah memikat hati PakMB untuk mengenali lebih dekat... akan Jemaah Tabligh ini.

Allahyarham Hamzah Marzuki adalah sahabat yang paling rapat dengan PakMB ketika mula bersama Jemaah Tabligh. Allahyarham akan sentiasa singgah ke rumah PakMB untuk bersama-sama mengerjakan solat subuh berjemaah di surau berdekatan. Allahyarham mempunyai kekuatan untuk beristiqamah yang jitu sehinggalah ke akhir hayatnya.

Banyak pengalaman pahit manis yang PakMB tempuhi semasa bersama Jemaah Tabligh. PakMB pernah ditahan & dibawa bersama-sama sahabat yang lain ke IPD Johor Baru kerana buat 'ghaz' di sebuah surau berhampiran Felda Cahaya Baru. Kami diiringi ke IPD tersebut oleh beberapa anggota polis yang bersenjata ringan. 


Terdapat banyak perbezaan dalam kaedah atau pendekatan berdakwah oleh para-karkun di masa dulu ... jika dibandingkan dengan masa sekarang... di antaranya :- 
  • tidak ada istilah 'daftari' ketika keluar.
  • bertawakal sepenuhnya kepada Allah khususnya dalam mendoakan keselamatan ahli keluarga semasa kami keluar kerana di ketika itu... tidak ada kemudahan perhubungan (seperti telefon bimbit) untuk berhubungan dengan famili.
  • amalan ziarah adalah satu kemestian kerana itulah satu-satunya kaedah untuk sentiasa berhubungan dengan sahabat-sahabat.
  • adalah menjadi kebiasaan bagi kami mendapat tentangan & adakalanya celaan daripada warga-kampong yang kami pergi. PakMB dan para-jemaah kerap terpaksa tidur di beranda surau kerana tidak mendapat kebenaran untuk tidur di dalamnya.
  • semasa 'keluar' 3 atau 40 hari (misalannya) di era 80an dulu... kami akan bawa bersama peralatan & bahan-bahan memasak. PakMB pernah memikul periuk untuk melintasi tambak Johor semasa keluar 3 hari (berjalan kaki) ke Singapura.


PakMB punyai iman yang amat lemah & tidak ada tempat yang lebih sesuai untuk merawatkannya kecuali berada dalam suasana mesjid. Lantas.. PakMB berazam (memasang niat) untuk beriktikaf sekerap mungkin di Markas Tabligh Sri Petaling pada Bulan Ramadan ini. Semoga PakMB akan terpilih untuk bersama-sama yang lain 'keluar ke jalan Allah'.

PakMB teringatkan 'bayan' seorang karkun yang mengatakan bahawa... usaha Tabligh ini adalah umpama buah durian. Ianya berduri di luar. Perlu ada usaha untuk mengupaskannya dengan penuh kesabaran. Setelah dikupas... isinya kelihatan tidak menarik malah berbau. Kalian akan hanya perolehi kenikmatan... apabila.. mula memakannya.