UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Saturday 23 June 2012

Koleksi Hobi & Minat PakMB Yang Unik

Di sepanjang hidup ini, PakMB punyai pelbagai hobi & minat yang agak unik bagi mengisi masa-masa lapang yang ada.... di antaranya :-

  • semasa di era kanak-kanak (lewat tahun-tahun 50an hingga awal 60an) PakMB gemar mengumpul tin & botol-botol kosong yang kemudiannya diisikan air dengan sukatan yang berbeza-beza sekaligus mengeluarkan pelbagai nada yang berlainan apabila diketuk. PakMB mampu memainkan pelbagai lagu-lagu yang popular (ketika itu) dengan menggunakan 'alat musik' ciptaan sendiri ini... walaupun tidak punyai sebarang pengetahuan asas dalam musik. Mungkin kerana tidak dipupuk maka PakMB telah kehilangan bakat atau kebolehan yang unik itu.
  • di ketika berada di sekolah rendah, PakMB amat-amat berminat dengan kerengga. Bukan untuk simpanan tetapi untuk dilagakan dengan kerengga yang lain.
  • semasa di era remaja (tahun2 70an) PakMB suka mengumpul bendera-bendera negara luar untuk dijadikan pelapek, sarung bantal, langsir dsbgnya. PakMB juga minat pada kain-kain rentang (banner) yang berwarna-warni. PakMB pernah (dengan bantuan rakan-rakan) beraksi seperti sebahagian daripada krew produksi untuk menurunkan & membawa balik kain 'backdrop' sejurus selepas habisnya konsert 'The Tremeloes' (kumpulan pop dari barat) kat Stadium Negara (awal 70an) yang kemudian menjadi cadar & selimut PakMB untuk beberapa tahun berikutnya.
  • PakMB amat minat kepada 'The Rolling Stones' ketika era di mana ramai yang sebaya dengan PakMB meminati 'The Beatles' & PakMB meminati seluar jeans jenama 'Lee' di ketika mereka minat dengan seluar potongan ala-penyanyi 'Pop Yeh Yeh' (dengan kedudukan tali pinggang di bawah pusat) dan 'bell-bottom'.
  • di tahun-tahun 80an, PakMB minat dengan permainan Ragbi di kala ramai yang sebaya PakMB lebih meminati bolasepak.
  • di akhir tahun-tahun 90an, PakMB memilih untuk menyokong perjuangan Dsai & para-Reformis lain di kala hampir semua rakan-rakan yang dikenali  ketika itu lebih memujakan PakMadey.

No comments:

Post a Comment