UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Tuesday 16 October 2012

Dapat anak setiap kali selepas bertengkar..

PakMB kenali sepasang suami-isteri yang unik. Mereka akan dapat anak setiap kali selepas berlakunya pertengkaran besar sesama mereka. Kali terakhir PakMB bertemu dengan pasangan ini ialah hampir 10 tahun yang lalu. Ketika itu mereka baru aje mendapat anak yang ke 7 (selepas mereka bertengkar besar buat kali ke 7 juga laa beb).

Dipendekkan cerita... baru-baru ini PakMB berkesempatan bertemu mereka semula di satu majlis persandingan anak kepada salah seorang sahabat kami juga. Ketika itu mereka bersama seorang anak kecil yang lebih kurang dalam lingkungan umur 4 atau 5 tahun.

Belum sempat PakMB bertanyakan apa-apa tentang anak kecil itu, si isteri (secara berseloroh) berkata "Tolong sikit yaa Pak Malek. Jangan dok fikir yang bukan2. Kami dah tak bertengkar lagi. Dah tua dah. Ini adalah cucu pertama kami laa". 

Kami semua terdiam sejenak sebelum ketawa besar bersama-sama.

No comments:

Post a Comment