PakMB nak tinggalkan wasiat berikut kepada semua rakyat negara ini.. andaikata PakMB menemui ajal.. dalam masa yang terdekat ini ..
- Berikan keutamaan kepada tuntutan Agama & janganlah tinggalkan solat (bagi yang beragama Islam) serta amalan-amalan wajib yang lain. Lakukanlah perkara-perkara yang makruf & elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Perbanyakkan amalan bersedekah.
- Hiduplah dengan aman & sentiasa berbaik-sangka dengan semua.. tanpa mengira perbezaan kepercayaan, keturunan & warna kulit.
- Puliharalah keindahan & kestabilan alam-sekitar dengan memperbanyakkan menanam pokok serta tumbuh-tumbuhan hijau, menjaga kebersihan sungai, menghentikan pengondolan hutan secara berleluasa serta tanpa pengawalan & pastikan projek Loji Lynas kat Kuantan atau seumpamanya.. dihentikan & tidak beri ruang/lokasi (untuk dibina) pada masa-masa akan datang.
- Amalkanlah kehidupan yang sihat.
- Berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya. Jangan memandu tanpa lesen yang sah atau tanpa mengambilkira ciri-ciri keselamatan.
- Hormatilah ibu-bapa & warga-tua serta dekatilah pada anak-anak muda.
- Sokongilah perjuangan rakyat Palestin.
- Bertekadlah untuk menumbangkan Regim terajuan Umno yang zalim & korup. Undilah calon-calon PR dan/atau calon-calon yang ABU (Asalkan Bukan Umno) pada PRU13 nanti. Lakukanlah demi menjamin kesejahteraan & keselesaan anak-cucu kita.. di masa hadapan.
- Ingatlah PakMB.. dalam doamu.
(Nota : Wasiat ini akan PakMB kemaskinikan.. dari masa ke semasa.. semasa hayat masih ada)..
No comments:
Post a Comment