UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Friday 10 February 2012

Teguran Tegas Kepada Barisan Kepimpinan PR..

PakMB terpanggil untuk menyampaikan teguran ikhlas tetapi tegas kepada barisan kepimpinan PR.. supaya memperbetulkan fokus persediaan mereka.. menghadapi PRU13 nanti... yang semakin hampir.

Adalah tidak keterlaluan jika PakMB mengatakan bahawa.. status populariti PR.. yang diukur dari sambutan hebat umum di hampir setiap program ceramah PR dan/atau kejayaan pembongkaran penyelewengan, salahlaku serta amalan korup kepimpinan Umno/BN.. belum mencukupi untuk menahan pihak Regim dari melakukan apa saja.. bagi menidakkan kemenangan PR pada PRU13 nanti.

PakMB tegas mennyarankan supaya PR mengambil pendekatan atau langkah-langkah sepertimana berikut (disusun mengikut kepentingannya) :-
  • Mendapatkan konsensus dari kalangan Kepimpinan Tertinggi PR mengenai langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan.. jika terdapatnya sebarang bentuk/unsur-unsur 'penipuan' pada Daftar Pemilih SPR.. yang akan hanya dapat dikesan (secara tepat lagi terperinci).. pada naskah yang diedarkan di Hari Penamaan Calon.
  • Mendesak SPR.. yang sehingga kini.. masih belum nampak.. memberikan sebarang respon positif kepada tuntutan BERSIH 2.0 yang dikemukakan kepada agensi tersebut.. semasa Perhimpunan 709 yang lalu. Jika perlu.. Perhimpunan BERSIH 3.0 perlu dilakukan.. sebelum Dewan Parlimen dibubarkan.
  • Berusaha untuk (secara paling tegas) mendesak SPR membenarkan pembabitan pemerhati-pemerhati antarabangsa atau sekurang-kurangnya.. di peringkat ASEAN.. semasa berlangsungnya proses PRU13. Perbanyakkan aktiviti ke arah desakan ini dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran majoriti pengundi (khususnya di kalangan pengundi-pengundi atas pagar & pengundi muda).. tentang kepentingan ini.
  • Di fasa terakhir menjelang Pembubaran Parlimen.. PR perlu fokus untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi atas pagar (PAP) & dari kalangan pengundi-pengundi baru (anak-anak muda). Bagi tujuan ini.. PR perlu dilihat punyai kesepakatan yang jitu.. sekaligus meyakinkan PAP akan keupayaan PR umtuk mengambil-alih tampok pemerintahan Kerajaan Pusat daripada Regim terajuan Umno. Situasi yang seolah-olah mempaparkan.. adanya.. unsur-unsur 'perlumbaan untuk mendominasi PR' dan/atau perebutan kerusi bertanding.. di kalangan PKR,PAS & DAP.. perlu dielakkan. Perbalahan dalaman secara terbuka) atas isu-isu remeh.. juga.. tidak akan membantu.
  • PR perlu bergerak secara bersepadu pada Hari Pengundian. Warga-PR perlu fokus kepada 'A good Polling Day Management' & bergerak secara bersepadu di kawasan Parlimen/Dun masing-masing tanpa mengambil-kira samaada calon-calon yang bertanding.. adalah dari parti masing-masing.. ataupun tidak.

1 comment:

  1. Saranan ini sangat baik. Harap yg terlibat dapat beri penekanan yg lebih utnuk memfokus ke arah pelaksanaanya. TQ PMB-

    ReplyDelete