UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Saturday 4 February 2012

PRU13 pada bulan Mac ?? Benarkah PR dah bersedia ??



Info (dari pelbagai sumber) yang diperolehi PakMB setakat hari ini.. nampaknya lebih menjurus kepada jangkaan bahawa PRU13 akan diadakan pada bulan Mac 2012.


Andaikata jangkaan ini tepat maka (bagi PakMB) ianya bukanlah kerana Regim terajuan Umno telah berpuas hati serta berkeyakinan penuh.. akan status semasa.. popularitinya dan/atau peluang kemenangan yang akan dicapai tetapi.. lebih kepada kerana mereka amat yakin.. akan persiapan 'segala bentuk penipuan & manipulasi undian' membabitkan hampir keseluruhan agensi (yang berkaitan) di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat... sekaligus menjadikan PRU13 sebagai 'PRU paling cemar/kotor' dalam sejarah politik negara ini.


Pada waktu yang sama juga.. PakMB amat kurang senang dengan ketidak-jituan persepakatan dan pendekatan 'untuk ke arah kemenangan'..dalam PR sendiri. Terdapat pelbagai isu (yang walaupun remeh) telah (secara tidak langsung atau tanpa disedari oleh PR) membuka ruang untuk disensasi & dipropagandakan oleh Regim terajuan Umno... khususnya kepada kelompok pengundi-pengundi luar-bandar (PLB) & pengundi-pengundi atas pagar (PAP).


Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan di sini bahawa.. PakMB tidak langsung teruja dengan kehadiran puluhan ribu pengunjung.. hampir di setiap program/ceramah kebelakangan ini.  Adalah satu kesilapan besar.. jika senario sebegini dijadikan sebagai penanda aras kepada 'peluang kemenangan' PR di PRU13 nanti.  Dari pengamatan kasar.. PakMB mendapati bahawa majoriti daripada pengunjung yang membanjiri program/ceramah PR adalah dari kalangan warga & penyokong-penyokong PR sendiri.. walhal sasaran yang seharusnya ditumpukan ialah mereka-mereka dari kelompok PLB & PAP.


Seperkara yang sering terlepas dari pandangan kepimpinan politik ialah.. tentang perbezaan di antara.. 'apa yang rakyat perlukan & apa yang rakyat mahukan' (needs & wants). Rakyat perlukan perubahan.. tetapi kepada siapa yang mereka mahu berikan mandat untuk melakukan perubahan tersebut ?'. Samalah juga sepertimana pemandu-pemandu perlukan petrol/disel untuk kenderaan masing-masing tetapi.. stesyen atau jenama mana yang mereka mahukan bagi mendapatkan keperluan tersebut ?. Lantas.. adalah wajar jika pendekatan berkempen.. mengambil-kira aspek ini. Fenomena Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 (2008) yang lalu adalah bukti jelas bahawa kemenangan besar PR bukanlah semata-mata kerana populariti kepimpinan dan/atau calon-calon PR tetapi lebih kepada kerana majoriti rakyat (di ketika itu) mahu mengundi calon-calon yang selain daripada calon-calon Umno/BN.


Adalah penting bagi barisan kepimpinan PR 'mempamirkan' kepada rakyat akan tahap kesepakatan yang jitu di antara PKR, PAS & DAP.. serta kemampuan PR untuk mengambil-alih tampok pemerintahan Kerajaan Pusat daripada Regim terajuan Umno yang zalim & korup. Perlu diingatkan bahawa.. majoriti PLB berfikiran mudah dan ramai juga di kalangan mereka berpendirian bahawa.. untuk mendapatkan perubahan.. tidak semestinya melalui pengambilan-alih Kerajaan Pusat daripada Regim sediaada. Justru.. mempamirkan kepada mereka.. ketidak-jituan dalam kesepakatan dan/atau perbalahan terbuka atas isu-isu remeh.. pastinya tidak akan membantu kemenangan PR pada PRU13 nanti.  Ada baiknya.. jika (mulai sekarang) apajua program atau kenyataan dasar.. lebih dilakukan secara bersama iaitu di peringkat PR.


Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang jauh lebih penting (daripada di atas) bagi PR perolehi kemenangan pada PRU13 nanti.  Apa yang dibentangkan oleh PakMB ini.. adalah faktor-faktor 'kecil' tetapi mampu menjadi penghalang kepada kemenangan PR.. jika ianya.. diabaikan. 





No comments:

Post a Comment