UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Thursday 2 February 2012

Pembubaran KITA - Di mana silapnya ?

Semasa melawat negara China (atas urusan kerja) pada tahun 1989 (dua minggu selepas Tragedi berdarah di Dataran Tiananmen), PakMB telah berkesempatan menemui 'a very wise old gentleman' di bandar Pun Yu dalam daerah Guandong. Melalui seorang jurubahasa, PakMB telah perolehi pelbagai nasihat yang masih segar di ingatan, sehingga ke hari ini.

Di antara kata-kata hikmahnya ialah.. "Seseorang penunggang kuda yang baik, akan berupaya menunggang apajua jenis kuda yang diberikan kepadanya, samaada kuda-kuda dari baka Benua Eropah, Asia, Australia, Amerika.. atau kuda gila/liar sekalipun".

PakMB bukannya nak bercerita tentang kuda tetapi ingin mengaitkannya pengalaman di atas dengan pengumuman pembubaran KITA oleh Pengasas & Presidennya (DZI) awal hari ini. Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pembubaran ini telah dijangka awal oleh PakMB iaitu sejurus selepas meninggalkan KITA pada bulan Jun tahun lepas (2011).

PakMB tidak berminat untuk menyentuh hal peribadi DZI tetapi.. lebih cenderung untuk membangkitkan tentang kesilapan-kesilapan remeh beliau (atas kapasitinya sebagai Presiden Parti) ketika menerajui KITA.. walaupun PakMB mengiktiraf kualiti kepimpinan yang diperolehinya.

Kesilapan awal beliau ialah.. tentang keterujaannya untuk berterusan menyerang keperibadian DSAI (khususnya dalam isu Sodomi II).. sekaligus menimbulkan keraguan & kekeliruan (di kalangan umum) akan arah-tuju sebenar.. perjuangan politiknya. Di ketika itu.. beliau lebih dianggap & dilihat punyai suara yang senada (terhadap DSAI) dengan barisan kepimpinan Regim terajuan Umno... sekaligus membuatkan ramai mula menjarakkan diri masing-masing daripada KITA.

DZI juga dilihat gagal berkerjasama dengan staf & warga-parti (di pelbagai peringkat) khususnya mereka-mereka yang tidak senada dengan caranya 'berfikir'. Acapkali terdapat pertelagahan pendapat sehinggalah terpancar dengan ketara.. sikap 'enggan berkompromi' atas apajua keputusan yang telah dirancang atau ditetapkan olehnya.

DZI punyai visi yang cukup hebat.  Namun beliau lebih cenderung untuk merealisasikannya.. mengikut caranya sendiri & gagal untuk membimbing warga-Parti (khususnya anggota-anggota kanan Parti) memahami, menerima serta seterusnya bersama-sama beliau.. menjayakannya. Kegemarannya untuk kerap mengubah pendirian dasar perjuangan.. tanpa terlebih dahulu mendapatkan konsensus dari barisan tertinggi Parti.. telah juga membuatkan KITA lebih 'sarkas' daripada Umno.

Keputusan untuk membubarkan KITA pastinya merupakan keputusan ekslusifnya sendiri iaitu tanpa terlebih dahulu mendapatkan pandangan dari anggota-anggota tertinggi Parti (jika pun masih ada) dan/atau Ketua-Ketua di peringkat negeri.  Bagi PakMB.. adalah kurang bijak bagi beliau mengaitkan pembubaran KITA dengan ketidak-tentuan pendirian (di antara kepimpinan Pusat & Negeri) mengenai status pro/anti KITA terhadap Regim... tetapi ianya lebih disebabkan kegagalan beliau untuk bekerja dalam satu pasokan.

PakMB juga kurang bersetuju dengan kenyataan beliau (jika benar seperti yang dilaporkan oleh media) bahawa pengwujudan KITA adalah satu kesilapan. Walaupun sudah tidak bersama KITA namun PakMB masih menganggapnya sebagai sebuah Parti yang punyai struktur organisasi yg mudah tetapi teguh serta dengan perlembagaan yang sederhana tetapi kukuh & mampu untuk berkerjasama dgn Pakatan Rakyat khususnya dalam usaha menumbangkan Regim terajuan Umno pada PRU13 nanti. Pastinya juga dengan syarat.. ianya diterajui oleh seseorang yang lebih layak, berkalibar, berkeupayaan bekerja secara berpasokan.. serta fokus dengan matlamat & hala-tuju perjuangan Parti.

Terdapat pelbagai lagi yang hendak PakMB perkatakan tentang KITA namun merasakan bahawa luahan di atas sudah mencukupi untuk setakat ini. Jika ada yang baik.. pastinya dari Allah jua & jika ada buruk.. sudah tentu ianya dari kelemahan PakMB sendiri.

No comments:

Post a Comment