UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Saturday 18 February 2012

Didaftar Sebagai Pengundi Secara Otomatik Oleh SPR ??

Anak (ke V) PakMB iaitu Muhammad Muaazzeen bin Abdul Malek baru aje menamatkan pengajiannya di Universiti Tun Hussein Onn, Johor pada bulan lepas (Januari 2012).

Apa yang PakMB ingin bangkitkan ialah.. mengenai beliau yang telahpun berdaftar sebagai pengundi  sah dengan SPR.. walaupun beliau tidak pernah membuat sebarang pendaftaran sebagai pengundi.. sebelum ini... malah baru sahaja bercadang untuk mendaftar.. beberapa minggu yang lalu.

Butir-butir pendaftaran beliau (semasa buat semakan secara on-line dengan web SPR) adalah sebagaimana berikut :-
  • Lokaliti
    • 103/29/02/002 Jalan 18/47 - Jalan 18/62
  • Daerah Mengundi
    • 103/29/02 Seri serdang Utara
  • Dun
    • 103/29 Seri Serdang
  • Parlimen
    • Puchong
  • Negeri
    • Selangor
PakMB menjangkakan bahawa.. berkemungkinan terdapat ramai lagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS atau anak-anak muda (21 tahun ke atas) yang telah 'terdaftar secara otomatik' atas sebab-sebab yang mencurigakan. Sudah tentu (jika benar jangkaan PakMB ini).. ramai di kalangan mereka tersebut.. tidak akan menyedari bahawa mereka adalah pengundi berdaftar dan seterusnya tidak akan keluar untuk mengundi.. pada PRU13 nanti. Lantas.. PakMB bimbang.. akan ada 'yang mengundi.. bagi pihak mereka'.

PakMB menyeru semua pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan anak-anak muda lain.. yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi belum pernah berdaftar sebagai pengundi dengan SPR lagi (sebelum ini).. untuk melayari http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/ bagi mendapatkan kepastian.. samaada kalian adalah di antara mereka-mereka.. yang berkemungkinan.. telah didaftarkan sebagai pengundi secara.. otomatik oleh SPR atau pihak-pihak lain. 

1 comment:

  1. kawe keno doh... kena tukar dun dan parlimen undi tanpa pengetahuan.....

    ReplyDelete