UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Tuesday 14 February 2012

Hasrat Yang Belum Tercapai..

Pada 14 Oktober nanti.. umur PakMB akan genap 59 tahun. Banyak pengalaman pahit/manis yang telah PakMB lalui di sepanjang hidup.. setakat ini. Ada yang menarik.. ada yang lucu.. malah tidak kurang juga yang menggerunkan dan yang memilukan.

Di sebalik semuanya itu.. terdapat beberapa hajat, hasrat atau keinginan.. yang PakMB masih/belum dapat tunaikan dan/atau perolehi... di antaranya (tidak semestinya.. disusun mengikut kepentingannya) :-
  • Menunaikan Haji bersama isteri yang tersayang.
  • Merapatkan diri kepada Allah dan melepaskan diri daripada terus terikat dengan keperluan dan/atau kepentingan duniawi.
  • Perolehi peluang untuk ke negara palestin :-
    • samaada sebagai sukarelawan dan/atau aktivis masyarakat.
    • bagi membolehkan PakMB melihat sendiri dan menghayati kesengsaraan Rakyat Palestin.
  • Menjelajah dan merantau :- 
    • ke seluruh Semenanjung untuk mencari, menemui & mengumpul data.. saudara-mara (di sebelah arwah ayah).
    • ke Aceh untuk menjejaki saudara-mara dan seterusnya.. memperlengkapkan salasilah keturunan arwah ayah.. yang berasal dari negara tersebut.
    • Merakam foto dan mencatit nota di sepanjang pengembaraan/pencarian di atas. 
  • Memiliki sebidang tanah di kawasan kampong atau jauh daripada kesibukan bandaraya:-
    • untuk didirikan sebuah rumah tradisi yang punyai kawasan untuk berkebun dan/atau memelihara ternakan.. bagi kegunaan sendiri.
    • untuk menghabiskan sisa-sisa hidup dalam suasana yang tenang, aman & damai.
  • Mepelopori pembukaan sebuah rumah anak-yatim ala 'Monfort Boys Home' bagi :-
    • menempatkan anak-anak yatim-piatu dan/atau dari keluarga miskin yang beragama Islam.
    • memberi mereka pengetahuan Agama yang mencukupi.
    • memberikan mereka (yang belasan tahun) latihan dalam pelbagai kemahiran (mengikut pilihan serta kemampuan masing-masing) sebagai persediaan bagi mereka menempuh hidup berdikari.
  • Melihat sendiri dan menikmati kepuasan apabila..
    • Regim terajuan Umno ditumbangkan pada PRU13 nanti.
    • melihat keberkesanan janji-janji 100 hari PR setelah mengambil-alih tampok pemerintahan Kerajaan Pusat khususnya dalam usaha untuk memperkemas dan memperkasakan integriti serta tahap ketelusan Institusi Kehakiman Agensi-Agensi Penguatkuasaan seperti PDRM, SPRM dan seumpamanya.
    • semua mereka-mereka yang selama ini menyalahgunakan kuasa, menyeleweng wang rakyat dan/atau melakukan amalan korup (selama tempoh mereka memerintah) diheret ke muka pengadilan dan disumbatkan ke penjara jika disabitkan dengan kesalahan-kesalahan mereka tersebut. 

1 comment: