UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

Seseorang pemain politik yang bijak & matang.. akan berupaya untuk mengenali musuh.. di kalangan rakan-rakan.. seperjuangannya & mengenali sahabat.. di kalangan musuh-musuh.. politiknya. - Pak Malek Baretta @ PakMB

Thursday 16 February 2012

Kini PakMB Tak Kesunyian Lagi.

Malam tadi.. PakMB telah mewujudkan sebuah group di laman FB yang diberi nama Kelab Pasca45. Pada mulanya.. PakMB memilih nama 'Kelab 50 Something' dan dikhususkan untuk menerima keahlian rakan-rakan FB yang berumur 50 tahun dan ke atas. Kemudiannya PakMB menukar ke 'Kelab 45 Something' apabila terdapat rakan yang berumur di lewat 40an (menuju ke 50) minat untuk join. Akhirnya.. sebelum masuk tidur (di awal pagi).. PakMB dapat pula ilham untuk memakai nama Kelab Pasca45.. yang PakMB rasa lebih menarik dan bertepatan dengan maksud pengwujudannya.

PakMB berhasrat untuk menjadikan Kelab ini sebagai satu platfom dan/atau forum.. bagi mengumpul seramai mungkin rakan-rakan FB yang berumur 45 tahun & ke atas.. berkongsi pemikiran, luahan, tips dan apajua isu (kecuali politik) untuk pengetahuan dan kebaikan bersama.

PakMB juga berhasrat agar dapat (dari masa ke semasa) menganjurkan program atau pertemuan di kalangan ahli-ahli.. sekaligus mengeratkan lagi perhubungan persahabatan di antara satu sama lain.

Untuk permulaan.. PakMB akan add rakan-rakan yang betul-betul PakMB kenali.. namun PakMB lebih gemar kepada keahlian yang kalian pohon sendiri.

PakMB kini punyai 7 orang anak dan 8 orang cucu.. namun ada juga kala dan ketikanya.. berasa sunyi tanpa siapa yang nak berkongsi pemikiran. Kini PakMB dah ada Kelab Pasca45 dan pastinya.. PakMB tak akan.. merasa sunyi lagi.

Kalian boleh join Kelab Pasca45 dengan melayari  http://www.facebook.com/groups/238474269574788/  sekarang.

No comments:

Post a Comment